Kategori Menu

Ala Carte (11) Atkins Menu (14) Ayam (14) Daging (5) Desert (9) Ikan (9) Kerabu (4) Ketam (6) kuih (6) Minuman (3) Pasta (7) sayuran (6) Sotong (15) Udang (16)

Friday, June 27, 2014

Menu malas super sedap - Ikan Singgang Klate Style





lauk menu malas super sedap yg dimaksudkan adalah ikan singgang + ikan rebus goreng + budu.
lala lalallaaaa tu dikecualikan. tu pelakon tambahan jer. ;)


Ikan singgang ngan ikan rebus goreng tu memang kecintaan suami. kalo 3 hari 3 malam jamu dia lauk sama pun, tetap puji isteri adalah yg terbaik! hahahaha... (senang kerja isteri)
Biasa kalau saya buat singgang n ikan rebus, saya buat byk2… 
kemudian saya masuk dlm bekas (asingkan cukup utk 1 hidangan utk setiap bekas) 
dan kasik lepak dlm esbok. Setakat 2 3 hari xder masalah. 
Kalau nk tahan lama, frozenkan. Ikan rebus/kukus tu, goreng bila nk mkn. Mmg umph!

sabtu ni moga diberi kerajinan utk masak beberapa dish utk difrozenkan utk hidangan berbuka. Biasa bulan puasa, saya mmg x suka gi param (baca pasar ramadhan). Saya dr awal kawen, biasanya utk berbuka mmg saya msk. Moga kerajinan kekal utk kaut pahala lebih tahun ni.

Dlm otak skrg, nk msk stok tomyam, daging singgang, daging hitam, kuah ikan sweet sour...
ikan singgang x dilupa.

Sebab tadi ada 2 3 orang inbox kat FB mintak resipi ikan singgang, saya tempek lah kat sini skali.
tapi ditekangkang (bukan tekangkang tp tekankan yg di-pronouns-kan dlm bahasa ganu) di sini, ini menu versi klate walaupon jamu org ganu mkn. sape suruh kawen oghe klate kan... 


RESIPI IKAN SINGGANG (Klate Style)

ikan (suka hatilah apa jenis tapi saya suka ikan tongkol) + air + lengkuas + bawang putih (mayang nipis 3 4 ulas) + cili api + cili hijau (cili hijau solok terbaik) + asam keping + belacan + garam. kemudian didihkan dgn api perlahan. dah gelegak, letak budu sesudu dua. oh, budu tu rahsia sedap oke! ;)
biarkan atas api perlahan utk beberapa ketika. sesuaikan rasa dan hidangkan!

ikan singgang ni best kalau pakej ngan ikan rebus goreng, tapi org ganu panggil ikan kukus. pelik sungguh saya, ikan tu direbus, bukan dikukus tp knape panggil ikan kukus. :p


RESIPI IKAN REBUS:

ikan + asam keping + garam. masak dgn api perlahan. siap! :)
bila nak makan, gorengkan. wallawei~

jangan gelak tgk resepinya sebab senang amat. yg susah, nk agak tahap kemasaman dan kemasinan yg sesuai. tp kalau masak dari hati dgn penuh kasih sayang disusuli zikir dan selawat pasti menghasilkan hasil yg osem! :)


SELAMAT BERPUASA SEMUA CHEF2 TERDIVA!
jom jadi tamak dan haloba kaut pahala kaum keluarga tanpa mengurangi sedikitpun pahala mereka dgn menyediakan/memasak hidangan berbuka utk mereka. 

moga RAMADHAN kali ini jauh lebih baik dari yg sebelumnya.