Kategori Menu

Ala Carte (11) Atkins Menu (14) Ayam (14) Daging (5) Desert (9) Ikan (9) Kerabu (4) Ketam (6) kuih (6) Minuman (3) Pasta (7) sayuran (6) Sotong (15) Udang (16)

Wednesday, March 19, 2014

Breakfast & Lunch Boxes: Cheesy Egg & Grill Chicken Kampung Style





Cheesy Egg:
  • panaskan magic pan atau non-stick pan, pecahkan 2 biji telur, agak2 nak masak... letak sekeping cheese dan lipat. siap! 

Grill Chicken Kampung Style:
  • perap ayam dgn 2 ulas bawang putih, bawang besar, serai, halia, garam & kunyit sikit (semuanya tumbuk) serta olive oil.
  • panaskan magic pan dgn butter / olive oil, then kasik lepak itu ayam. setel! saya suka mkn ngan nandos sos.

    **ayam biasa saya perap malam, esok pagi just grill jer. hidangan pantas utk ber-bento ke kantor. ;)



Wednesday, March 12, 2014

Bekal ke kantor (Atkins menu) : Egg Sardine Roll & Grill Lamb




Bekalan ke kantor hari ni.
egg sardine roll for breakfast.
grill lamb + mix vege + buffalo's eye egg (hahhaaa...) for lunch.


EGG SARDINE ROLL:
resepi dah bagi. tapi takpelah.. saje taip lagi skali kot2 boleh runcing jemari montok gua nih. :p
  • 2 biji telur dibasuh, pukul dgn secubit garam dan goreng tanpa minyak dlm magic pan atau non-stick pan (letak butter atau olive oil) - siap dan ketepikan.
  • gaulkan sardin tanpa kuah dgn cili api, bawang besar (sikit), perahan limau dan sedikit cili sos/ nandos sos utk atikners.
  • ambik telur tadi, letakkan moyonis, sardin, salad, timun, tomato dan cheese... kemudian roll-kan. siap!
padahal sama jer dgn resepi Telur Sardin tu. saje gedix variasikan nama kasik boom kunun mcm... ehhhhh... ko terer la masak. padahal?! sedih! :p


GRILL LAMB:
  • perap daging kambing dgn sos tiram, lada hitam, serbuk pati ayam, garam dan olive oil.
  • saya grill dgn magic pan.


MIX VEGE:
  • panaskan sesudu olive oil, tumis sebijik garlic dan beberapa hiris bawang besar, serbuk cukup rasa maggi. kemudian masukkan sayuran, chili flakes dan oregano. gaul2 manja dan siap.

telur mata kerbau nak jugak ker resepinya?! :p



malam tadi punya dinner. pon grill lamb jugak. :)





Wednesday, March 5, 2014

Baked Pumpkin

Baked pumpkin.
alaa... labu bakar jer pun.

Resepi reka sendiri:
  • Pumpkin digaul dgn cinnamon ground (serbuk kayu manis), salt, honey & olive oil 
  • panaskan magic pan dgn planta dan bake la pumpkin tu smp masak.
  • masa nak makan tu, letak honey sikit. tak letak pun takpe... pon sedap jugak. ;)


Makan panas2. rasa lemak pumpkin, masin, manis, hangus2 sikit… sedapnya lahai… sampai suami request nak lagi. ok, beres darling! dgn modal RM1 dgn masak sepantas kilat sambil berjoget, pastinya takde masalah! :p

sebelum ni saya x berani mkn pumpkin sebab angin kononnya. tapi ni kan makanan sunnah… dapatkan pahala dgn makan adalah bonus besar utk pencinta makanan. ;)

Saidatina Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud 
"Hai Aishah apabila kau masak gulai,  maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka".