Kategori Menu

Ala Carte (11) Atkins Menu (14) Ayam (14) Daging (5) Desert (9) Ikan (9) Kerabu (4) Ketam (6) kuih (6) Minuman (3) Pasta (7) sayuran (6) Sotong (15) Udang (16)

Monday, November 17, 2014

Resepi Spageti Aglio Olio




Seumur hidup tak pernah makan Spageti Aglio Olio ni.
Sekali last week ngidam nk masak, yer... ngidam nk masak, bukan nak makan. hehehe...

Komen juri tak bertauliah;
"Terbaik isteri! rasa pedas... rasa garlic... rasa spice... semua rasa! nanti suami nak lagi!"
amboikan... lelaki yg asalnya selera very da village tetiba dah tersuka pasta segala. gud2... senang kerja isteri! ;)


Bahan2:
  • 1/2 paket spageti direbus
  • 10-12 ekor udang 
  • 1/2 cawan air.
  • sedikit serbuk pati ayam
  • 2 sudu makan mentega
  • 2 sudu minyak zaitun
  • 5 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 3 - 5 biji cili api (dicincang halus)
  • 1 biji cili merah atau hijau (dicincang)
  • daun ketumbar + daun sup (dihiris)
  • beberapa biji tomato ceri (belah 4)
  • sedikit lada hitam (ditumbuk)
  • garam secukup rasa.
  • thyme , oregano, n chili flakes



Cara masak:

  1. Rebus kulit udang dgn sedikit air dan serbuk pati ayam.
  2. Panaskan mentegadan gorengkan udang sebentar. Angkat dan ketepikan.
  3. Dengan menggunakan kuali yg sama, panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih dan cili api dan cili hijau/merah. Goreng sehingga kekuningan dan kemudian masukkan stok udang tadi.
  4. Kemudian masukkan spageti, lada hitam, garam, tomato dan terus tutup api.
  5. Masukkan daun ketumbar dan daun sup, thyme, oregano n chili flakes. kacau rata. siap!


10 comments:

AyuYahya said...

sedapnyeee....anak2 ayu memang gemar sangat makan makanan cenggini..omaknya jew yang pemalas gilaaa...heheheheeee..

Gee® said...

yummy nyaaa....

Inani Hazwani said...

sedapnya :)

Unknown said...

saya pon suka spagheti masak mcm ni..tapi setakat ni suka makan je, blum suka masak..hehhe..salam kenal ya..donne follow awak..:)

Cik Iman said...

cik iman suka sesangat nie ekeke

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Kucing said...

Sedapnye tengok dari gambar

blograidah.com said...

Assalammualaikum..

Ternampak kawan post di FB. Maka saya pun gugel untuk cari resepi. Terjumpa blog awak. Terus trasa nak masak sendiri jugak.. Alaahhaaaiii.. tempting sangat ni!!

Anyway, thanks ye sebab share resepi. Nanti kita nak terai buat.

regards,
.raidah.
www.blograidah.com

Azlina M said...

Arini mode malas nak masak & puasa tu yang nak cari menu simple je.
Sekali husband ckp masak spageti jek.
Semalam nampak kwn makan kt secret recipe mcm sedap.

So rini nk terai buat :)
Thank you for d resipi ye :)

Nanti if senang, jemput tengok blog saya
Azlina Muslim
www.azlinamuslim.com

olie said...

yummyyy... nak pegi cari bahan.. tak sabar nak buat