Kategori Menu

Ala Carte (11) Atkins Menu (14) Ayam (14) Daging (5) Desert (9) Ikan (9) Kerabu (4) Ketam (6) kuih (6) Minuman (3) Pasta (7) sayuran (6) Sotong (15) Udang (16)

Thursday, October 16, 2014

Resipi overnight oats yang divariasikan





Yea dah ada menu pantas dan malas buat bekalan ke kantor utk breakfast.
Terjebak lepas tengok gambar2 kengkawan kat IG.

Ni resepi versi aku bukan chef, seharusnya sempoi lenggam punya...

  • Rolled oats + plain yogurt (resepi asal suruh guna greek yogurt) + fresh milk (saya pakai susu kotak kecik dutch lady jer) + madu sikit + garam secubit dua + bebuah pilihan hati. Resepi asal jugak suruh letak chia seed tp mocik tak letak sebab takde. dah cari kat Giant n Hero, yillek. biasa ada di pasaraya glemer di bahagian organic. Ia mcm xde rasa pun sbenarnya tp ada fungsi2/kebaikan tertentu utk diet. Mocik x abis study lg so malas nk bagi ajaran sesat. 
  • Dan kasik lepak dlm esbok semalaman. 
  • Esk nk mkn, tambah fruit n susu lg kalo mahu. Kalo x mahu, takde sape marah kammo. :p


bahan2 mentah yang diperlukan.



Overnight oat ni kalo tak letak fruit boleh peram smp 4 hari tak silap. tapi kalo letak buahan, tahan 2 hari jer.

Ni sharing, saya buat beberapa eksperimen. masa memula buat tu saya buat 5 botol.
3 botol letak bebuahan; strawberry, kiwi dan anggur. yg letak kiwi tu jadi macam ada pahit2 sikit.
2 botol lagi saya tak letak bebuahan. bila nk mkn baru saya potong bebuahan letak dlm jar tu. saya rasa lagi sedap macam ni kot sebab fruit tu lebih fresh. tp terpulanglah...


saya guna botol sos spageti. nyesalnya buang separuh botol2 hari tu...


 yang ni saya overnight-kan dgn letak strawberry sekali. ok sedap. 
yang letak kiwi tu memang saya takleh telan. maybe sebab dah dua malam kot ianya lepak dalam esbok. 


yang ni dedua saya overnight-kan tanpa buah-buahan. 
pagi bila nak makan baru saya letak bebuahan. saya lebih prefer cenggini kot.
ok, yang kiri tu saya letak serbuk cinnamon (kayu manis) sikit dgn anggur. sedap. bagi satu rasa manis2 harum gitu. tak reti lag mocik nak describe.
yg kanan tu sedap! saya letak peanut butter dan mix fruits (strawberry, grapes). rasa lemak2 manis. suka2! :)



Ramai tanya sedap ker???
Ok, utk bkn pencinta oat, mocik ckp sedap pon korang xleh telan kang salahkan mocik pulok.

Utk mocik yg tekak kampungdotcomdotmy yang tidaklah in mana ngan oat ni kata sedap. Rasa mcm nestle yogurt yg enak di mkn begitu saje tu. Tp ni lg sedap sebab rolled oats bagi rasa mcm kunyah kekacang. Hehee... (rolled oat adalah lebih kasar n kurang sticky banding quick oat).
Dan yg bg pengaruh sedap jugak adalah buah buahan yg di-mix bersama. Setakat ni saya survey mcm banana n mango terbaik jer. Rajin2 lah mintak bantuan pakcik gugel dgn taip overnight oats dan korang akan jmp mcm2 versi. 

tapi makanan sihat mana ada sedap melampau kan... lalu dek tekak kira bonus ler tu. yer dok?!


Korang boleh refer mat saleh punya resipi.
diorang lagi variasi... telan air liur nengok! :)


10 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak ina.. baiklahhhh nanti nak buat juga... tapi tapiiiii kita tak tahan nafsu tengok org update overnight oat ni... lapo terusan ~~~

Adila Khairy said...

Jom tengok cara saya buat Overnight Oats ni:

http://mommiesafiyyah.blogspot.com/2014/10/resipi-overnight-oats-yang-paling-mudah.html

sedap juga.. :)

Unknown said...

Kalau guna muesli bole ke ?

InaAchik said...

@sheila: dah cuba buat blom? ;)

@nurru adila:
thanks for sharing.

@iffah zakira:
muesli tu apa plak?
alaa... resepi canggih2 ni saya x pandai. main hentam jer... hehehee

Kak Kep said...

Oats kalau divariasikan cantik macam nih memang bukan peminat oats macam saya pun mesti boleh telan.. sedapnyerrrr..

Salam kenal InaAchik dari Doha, Qatar

Azurah Anuar said...

Best sangat tengok gambar. Saya pun buat juga tapi dalam rumah yang boleh makan saya dan anak no 2 sahaja. Rugi besarrrr siapa yang tidak makan. :)

Aishah Amin said...

Kegemaran saya ni!..cantik betul fotografinya

Jemputlah ke blog saya Blog Ibu bekerja dari rumah , semoga bersama dapat manfaat! Terima kasih..

KDCC hotspot said...

buah-buahan tempatan tak support ke..asyik buah luar negara je.....ermmmmmmmmmmmmmmm

Unknown said...

Oat overnight boleh simpan lame ke? Kalau bolej, maybe for how many days?

hayati suki said...

nak try laa nanti.. so sedap ni ;-)