Kategori Menu

Ala Carte (11) Atkins Menu (14) Ayam (14) Daging (5) Desert (9) Ikan (9) Kerabu (4) Ketam (6) kuih (6) Minuman (3) Pasta (7) sayuran (6) Sotong (15) Udang (16)

Friday, October 22, 2010

Sambal udang edisi InaAchik


 sambal udang resipi ciptaan sendiri...

kalo berani, meh cuba resepi aku neh... kalo tetiba memerut, jgn salahkan aku! hahahhahaa...

bahan2: (hidangan 2 org manusia spesis bela jin)
  • udang of course...
  • untuk blend:~ 3 ulas bwg putih, 1 biji bawang besar, sebiji tomato, 2 biji cili besar, 5-6 biji cili api (ikut mana tebal lidah memasing) & sedikit belacan (banyak2 karang rompong hidung lak)
  • lada benggala @ capsicum (optional)
  • sedikit air asam jawa
  • garam & gula
  • minyak

cara2:
  • panaskan minyak > tumis bahan blend + garam + gula > tumis smp masak
  • bubuh air asam jawa
  • campak udang 
  • masukkan capsicum
  • sesuaikan rasa... then hidang panas2...
 


udang ni kasik tempek banyak2... biar manusia2 di luar sana telan air liur berbaldi baldi...
biarkan mereka... jgn kesian... hahahhahahaaa~

Pineapple Trifle... masyukkkkkkkkk~

 
Pineapple Trifle
huhhhh... makan after diperam dlm esbok... 
huuuuuuuu... terasa nyamannnnnnnnnn jer...

tak perlu bunting untuk mengidam...
bgn pagi di hari minggu... pukul 11 masih kategori pagi kan?! ha3~ 
xder ribut xder hujan tetiba jer mengidam nak makan puding trifle cam makan kat open house umah neena....
argh sudahhhhhhhhhh... mana tau nak wak cmne weh! 
pastu ingat neena pernah post resipi puding trifle tu...
tapi tenet kat umah slow nak mam... 
nk plak nak bukak blog neena yg juga berat nak mam... 
mmg berjanggut la... 
lubang tekak ni plak species cepat sentap... 
tak bagi apa dia mintak karang merajuk... ngengada sungguh!!!
terpaksa la wak wake up call pompuan tu semata mata nak mintak resipi... 


hasil sebelum diperam dalam esbok untuk seketika...
satu untuk aku... satu untuk CIK ESAH...
saaaaaaaaaaaaaaayang mak kitteeeeeeeeeeee...


nak resipi? terjah blog neena.... baiknya entry cara2 nak buat puding trifle ni...
http://neenaanuar.blogspot.com/2010/10/puding-trifle.html

#dia pakai fresh pineapple... aku pakai tin punyer jer... x pandai nk kopek nenas (alasan cover line MALAS sebenarnya... ;p)
and kalo x suka masam2 cam aku... leh tukar nenas tu ngan peach ka... strawberry ka... ikut kreatif korang ler...

Thursday, October 21, 2010

Daging black pepper versi malas


ini masak secara mengelat... pakai perencah Daging Black Pepper MAGGI... hehehe...


Cara Memasak ngan sempoi lenggam dan malasnya:
  • follow jer instruction pada paket perencah MAGGI... heheheee...
  • then hidangkan dan bagi final touch kasik gah sket food presentationnya... ;p

Tuesday, October 19, 2010

Ketam Goreng Bercili Sempoi

::The Fabulous Mr Crab::

dari kowrang duk menceceh air liur tengok ketam ni... baik korang masak sendiri... meh sini aku kasik resipi sempoi giler... memang sesuai untuk anda yang nak makan seafood tapi kedekut nak keluarkan duit gi makan kat nun jauh di Pantai Jeram at Kuala Selangor atau Bagan Lalang yang kunun glemer tapi belum tentu lagi sedap tapi mahal nak mam**s!

kalau korang perasan, aku pernah bagi resipi ketam goreng bercili. kali ni lebih kurang la tapi di alter sedikit sebab ingin disesuaikan untuk sesi meratah semata mata. kalau wak ketam goreng bercili yang bersambal tu mau kecut bibir sebab kepedasan.

CARA2 MEMASAK:
  • ketam tu ko suruh abang kedai siangkan sesiap... potong dua... bersihkan... gaul garam kunyit ala kadar... goreng dan ketepikan. (sampai sini faham kan? x faham, sila campak apron dalam tong sampah dan main fesbuk)
  • bawang merah 4 ulas (aku guna saiz besar), 4 ulas bawang putih, sedikit halia dan sebatang serai - semua ni mayang halus
  • panaskan minyak, tumiskan semua bahan mayang
  • masukkan beberapa biji cili merah yg ditumbuk kasar (aku guna 4 biji jer)
  • masukkan cili sos, tomato sos, sos tiram dan sedikit air asam jawa.
  • then sesuaikan rase ikut selera lidah memasing. nak letak garam ka... gula ka... abg aji ka... suka hati... (sekali ditekankan, sila masak ikut suka hati memasing... hasilnya pasti sedap... hehehhehe)
  • bila dah puas hati ngan rasa tu, sila campakkan mr crab dan gaulkan mereka biar mereka bergaul secara intim...
  • ok, siap dan sila hidangkan cantik2 biar tetamu anda memuji food presentation anda sampai kekurangan rasa tak terasa... :p

sila ngap secara berhemah kerana makan ketam ini memerlukan kosentrasi yang sangat tinggi dan usaha yang agak jitu... sila abaikan orang2 disekeliling anda ketika menjamu selera...

Tuesday, October 5, 2010

Udang Goreng cicah Air Asam


ini udang korang kenal kan... apa nama nak bagi nama ni erk... udang goreng cicah air asam. x pelik pown kan??? sebenarnya nak bakar, tapi bila dalam kuantiti yang banyak cam menyusahkan diri sendiri la pulak... lainla kalau memasak secara romantik kan...

aku suka beli udang kat Care4 Wangsa Maju sebab kulit dia tak tebal sangat. besar dan murah pulak tu... bila pepagi, cam syok jer duk pilih udang segar2 sampai tak sedar hampir dua kilo aku 'tangkap'. takper, yang lebih kite boleh bela dalam peti ais. sekilo RM13.99 jer kalo tak silapla...


CARA MEMASAK:
  • gaulkan udang dengan garam + kunyit + black pepper crush + sedikit oregano + perahan lemon sebijik @ lebih. perapkan untuk seketika.
  • gorengkan udang yang diperap dalam minyak yg banyak.
  • OK SIAP!!! senang nak pengsan kan???
pastu buatla air asam ikut kreativiti memasing...nak makan camtu pon ok... dah sedap jugak...



buntut udang yang dah separuh terkeluar dari pinggan... excited nak berkenalan dgn lemak aku ler tu... ;p