Kategori Menu

Ala Carte (11) Atkins Menu (14) Ayam (14) Daging (5) Desert (9) Ikan (9) Kerabu (4) Ketam (6) kuih (6) Minuman (3) Pasta (7) sayuran (6) Sotong (15) Udang (16)

Tuesday, October 19, 2010

Ketam Goreng Bercili Sempoi

::The Fabulous Mr Crab::

dari kowrang duk menceceh air liur tengok ketam ni... baik korang masak sendiri... meh sini aku kasik resipi sempoi giler... memang sesuai untuk anda yang nak makan seafood tapi kedekut nak keluarkan duit gi makan kat nun jauh di Pantai Jeram at Kuala Selangor atau Bagan Lalang yang kunun glemer tapi belum tentu lagi sedap tapi mahal nak mam**s!

kalau korang perasan, aku pernah bagi resipi ketam goreng bercili. kali ni lebih kurang la tapi di alter sedikit sebab ingin disesuaikan untuk sesi meratah semata mata. kalau wak ketam goreng bercili yang bersambal tu mau kecut bibir sebab kepedasan.

CARA2 MEMASAK:
  • ketam tu ko suruh abang kedai siangkan sesiap... potong dua... bersihkan... gaul garam kunyit ala kadar... goreng dan ketepikan. (sampai sini faham kan? x faham, sila campak apron dalam tong sampah dan main fesbuk)
  • bawang merah 4 ulas (aku guna saiz besar), 4 ulas bawang putih, sedikit halia dan sebatang serai - semua ni mayang halus
  • panaskan minyak, tumiskan semua bahan mayang
  • masukkan beberapa biji cili merah yg ditumbuk kasar (aku guna 4 biji jer)
  • masukkan cili sos, tomato sos, sos tiram dan sedikit air asam jawa.
  • then sesuaikan rase ikut selera lidah memasing. nak letak garam ka... gula ka... abg aji ka... suka hati... (sekali ditekankan, sila masak ikut suka hati memasing... hasilnya pasti sedap... hehehhehe)
  • bila dah puas hati ngan rasa tu, sila campakkan mr crab dan gaulkan mereka biar mereka bergaul secara intim...
  • ok, siap dan sila hidangkan cantik2 biar tetamu anda memuji food presentation anda sampai kekurangan rasa tak terasa... :p

sila ngap secara berhemah kerana makan ketam ini memerlukan kosentrasi yang sangat tinggi dan usaha yang agak jitu... sila abaikan orang2 disekeliling anda ketika menjamu selera...

3 comments:

-anidaothman- said...

weih ina..kalO makan mr.crab nie...MAK MENTUA lalu blakang pn tak nampak dh lah erk..giler sdp kan...hahahahaha tak paham campaq apron masuk tong sampah men fesbukkk...ikikikikiki.....

InaAchik said...

nid's:
kalo pandang mak mentua nanti tercekik! hehhee

nana aziz said...

sumpah sempoi gile la..hahaha.