Kategori Menu

Ala Carte (11) Atkins Menu (14) Ayam (14) Daging (5) Desert (9) Ikan (9) Kerabu (4) Ketam (6) kuih (6) Minuman (3) Pasta (7) sayuran (6) Sotong (15) Udang (16)

Monday, November 17, 2014

Resepi Spageti Aglio Olio




Seumur hidup tak pernah makan Spageti Aglio Olio ni.
Sekali last week ngidam nk masak, yer... ngidam nk masak, bukan nak makan. hehehe...

Komen juri tak bertauliah;
"Terbaik isteri! rasa pedas... rasa garlic... rasa spice... semua rasa! nanti suami nak lagi!"
amboikan... lelaki yg asalnya selera very da village tetiba dah tersuka pasta segala. gud2... senang kerja isteri! ;)


Bahan2:
  • 1/2 paket spageti direbus
  • 10-12 ekor udang 
  • 1/2 cawan air.
  • sedikit serbuk pati ayam
  • 2 sudu makan mentega
  • 2 sudu minyak zaitun
  • 5 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 3 - 5 biji cili api (dicincang halus)
  • 1 biji cili merah atau hijau (dicincang)
  • daun ketumbar + daun sup (dihiris)
  • beberapa biji tomato ceri (belah 4)
  • sedikit lada hitam (ditumbuk)
  • garam secukup rasa.
  • thyme , oregano, n chili flakes



Cara masak:

  1. Rebus kulit udang dgn sedikit air dan serbuk pati ayam.
  2. Panaskan mentegadan gorengkan udang sebentar. Angkat dan ketepikan.
  3. Dengan menggunakan kuali yg sama, panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih dan cili api dan cili hijau/merah. Goreng sehingga kekuningan dan kemudian masukkan stok udang tadi.
  4. Kemudian masukkan spageti, lada hitam, garam, tomato dan terus tutup api.
  5. Masukkan daun ketumbar dan daun sup, thyme, oregano n chili flakes. kacau rata. siap!


Monday, November 10, 2014

Syurbah Kambing


1st time makan syurbah ni, Ustazah Usrah yang masakkan. Ulang tayang makan untuk kali ke-2, ke-3, ke-4, ke-5 dan seterusnya pun Ustazah Usrah jugak yang masakkan. Sampai kitorang panggil syurbah ni Syurbah Mahabbah (Mahabbah = cinta & kasih sayang). Mahabbah dari murobbiah untuk mutarobbi beliau. Kira Lamb syurbah ni signature dish Ustazah la... :)

Syurbah ni Bubur Arab yang Ustazah belajar daripada kenalan baik beliau dr Algeria.
Saya kira macam beef stew gitula.
Syurbah sedap dimakan bersama roti perancis n salatah.

Tiap kali Ustazah masakkan syurbah ni, mesti berkobar-kobar perasaan nak mencuba tapi dalam masa sama takut tak sedap sebab Ustazah dah letakkan piawaian sedap ia tu sangat tinggi.  Tapi semalam saya cuba jugak masakkan syurbah ni dan Alhamdulillah, menambah-nambah suami makan.


Di sini saya kopipes resepi dari Ustazah Usrah saya, Ustazah Zaimah Yaha:

Resepinya agak mudah kerana melibatkan bahan yang kita guna kecuali satu bahan yang disebut "bulgur"(wheatmeal). Bahan ini rata2 ada dijual di mana2 kedai Arab.

Bahan2
  1. 1 paket kambing (lamb)
  2. 1 biji bawang besar - dipotong 6 @ 8
  3. 1 biji tomato - dipotong 6 @ 8
  4. 1 biji karot - dipotong sederhana besar
  5. 1 biji kentang - dicincang halus 
  6. 1/2 ikat daun ketumbar - dipotong halus/sederhana
  7. 1 tin kecil tomato
  8. 1 sudu kecil lada hitam
  9. 3-5 sudu makan serbuk lada hitam
  10. 5-6 biji cili padi (bg yg suka pedas)
  11. 2-3 sudu minyak masak
  12. Garam dan gula secukup rasa
  13. 1/2 cawan bulgur (saya tak letak sebab takde)
  14. 5-6 cawan air masak panas
  15. 1 tin kacang kuda (dibuang airnya)



Cara Memasak.
  • Bersihkan kambing dan potong ikut saiz yang dikehendaki (kecil/sedang/besar)
  • Masukkan semua bahan (1 - 12) ke dalam periuk tanpa digaul. Tutup periuk dan jerang di atas api sederhana 
  • Biarkan sehingga mendidih dan keluar aroma. Buka tutup periuk dan kacau untuk sebatikan dan biarkan sebentar, kecilkan api.
  • Masukkan air masak panas, bulgur dan kacang kuda.
  • Tutupkan semula periuk dan biarkan mendidih antara 45m - 1 jam di atas api yang sederhana.



Setiap orang inginkan makanan yang lazat dan sedap. Apa rahsianya?
*Air tangan tukang masak yang memasak dengan hati yang penuh kasih sayang.
*Masakan yang dimasak diadun dengan zikir dan doa serta niat yang ikhlas agar makanan yang halal ini toyyiban untuk semua yang memakannya.
*Kacau masakan mengikut pusingan tawaf.(petua makanan sedap) 



 Antara bahan-bahannya tapi kentang tu tak menepati piawaian. sepatutnya potong kecik lagi supaya ia hancur dan memekatkan kuah sehingga kewujudannya tidak disedari. ;)
Bulgur pun saya tak letak sebab yillek. Ok jer kalau takde pun (ikut saya punya taste lah).



Siap sedia untuk lepak atas dapur.