Kategori Menu

Ala Carte (11) Atkins Menu (14) Ayam (14) Daging (5) Desert (9) Ikan (9) Kerabu (4) Ketam (6) kuih (6) Minuman (3) Pasta (7) sayuran (6) Sotong (15) Udang (16)

Thursday, October 30, 2014

Resepi Sup Ketam



Tak pernah-pernah buat sup ketam... tapi hari tu bang rumet demam dan doktor suspek denggi, so sbg bini budget solehah ni buatlah sup ketam kat suami. Resepi main taram. Sudahnya, orang demam makan tak beria mana, yang tak demam ni makan menambah. Nak pulak pakej ngan ikan kering. Baru ingat nak diet... terus pendam niat tu dalam-dalam. hehehehee...
Rupanya kata kawan kalau sup ketam untuk orang demam denggi patutnya banyakkan bawang putih dan halia tanpa banyak perisa sebab yang pentingnya nak air ketam tu... Mokcik kemain dengan akar ketumbar squid sos bagai.

Nah resepi main taram. So kira ni resepi sup ketam orang sihat. hehee... Nak ngaku sedap macam malu... tapi cubalah buat. Yang penting masak dengan kasih sayang disulami zikir dan selawat. ;)

Ini resepi untuk 2 ekor ketam.

  • tumis sebatang kulit kayu manis, 2 bunga lawang n 4 biji buah pelaga (saya guna minyak sayur), kemudian masukkan bahan tumbuk (4 ulas bawang putih, seulas bawang merah, halia) 
  • masukkan air, sup bunjut, sebatang serai dititik, kentang (potong kecik2 supaya cpt empuk), carrot, batang saderi, cili merah (dipotong), sesudu teh lada hitam (tumbuk kasar). biarkan sampai mendidih
  • dah mendidih, letak ketam, garam n gula sikit. reneh smp ketam masak. saya letak sesudu squid sos (optional)
  • nak makan tabur daun sup, daun ketumbar n perah limau.



4 comments:

Rizziela said...

blh tiru ni

Blog Owner - Ms. LZ said...

Assalamualaikum InaAchik,

Salam kenal ^_^

Terima kasih share resepi ringkas dan best! Banyak resepi boleh cuba..

Harus ku follow blogmu..


Abang Bear said...

Salam

pernah buat ni ni untuk kawan dulu... memang air dia yg lebih penting. dan memang berkesan...

aquarius morius said...

Blogwalking sambil baca entri. :)

Aquarius recently post : Bagaimana akhirnya saya berjaya atasi masalah rambut gugur