Kategori Menu

Ala Carte (11) Atkins Menu (14) Ayam (14) Daging (5) Desert (9) Ikan (9) Kerabu (4) Ketam (6) kuih (6) Minuman (3) Pasta (7) sayuran (6) Sotong (15) Udang (16)

Wednesday, October 17, 2012

Spiral Pasta Bolognese

semekommmmmmmmmmmmmmmmmmm...
opsss~ salah. semula-semula! Assalamulaikum...
apa khabar tukang2 masak gojes sekalian???
lama kan gua tak muncul kat sini! 
jgn kata sawang, tulang dinasour pon bersepah dah kat blog ni. 
nk cakap betapa lamanya sgt tu kan...

k, sebagai meraikan pertemuan kita, 
nah amik gambar spiral pasta blognese sebagai santapan mata sesama ;)



oke, dgn rasa gembira dan riang hati, wa taip resipi versi AKU BUKAN CHEF satu persatu buat bibik gojes. oh ingin dinyatakan di sini: wa buat sekuali. makan dari pagi petang siang malam. :)



Bahan2:
  • minced meat (kali aku pakai pak Ramly punyer keluaran)
  • 2 botol kecik sos spaghetti brand Kimball (1-jenis tradisional dan 1 lg jenis bawang putih ker aper ntah. campur sedap sikit. sebotol rm4 lebih2 sikit)
  • 4-5 ulas bawang putih - minced
  • 1 1/2 biji bawang besar - minced
  • black pepper crush & oregano
  • tomato sebijik - potong dadu
  • cili benggala @ capsicum (aku guna kaler kuning- 1/2 biji, hijau 1/2 biji) - potong dadu
  • cendawan dlm tin tu aper nama hah? hah... cendawan tu lah... 
  • butter utk menumis. minyak pon bolehhhhh
  • spriral pasta- kuantiti ikut bilangan mulut yang nak dijamu.

Cara Memasak:
  1. panaskan butter - tumiskan bawang putih dulu & bawang besar 
  2. masukkan minced meat - buh garam sket - masak sampai air ayam tu kering.
  3. kemudian masukkan capsicum + tomato + cendawan
  4. kemudian masukkan sos kimball + black pepper crush + oregano
  5. sesuaikan rasa dan SIAP!
  6. jangan lupa rebus ko nyer pasta nyer ;) - didihkan air + garam + minyak. rebus ikut masa yang ditetapkan seperti kat pembalut. aku biasa ikut lidah yg merasa. tak ikut masa yg ditetapkan pown.

sebenarnya nama jer cam gempak. spiral pasta segala... padahal sama jer menunya ngan spaghetti bolognese biasa tu... cuma tukar spaghetti dgn spiral pasta terus transform nama. tapi secara jujurnya guna spaghetti lagi best kot...



9 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak ana!

rindu nak tengok resipi baru kak ana! hihi sihatkah? sila jgn post entri gambar makanan esok! sheila nak puasa sunat, hihi


*terliur nihh

shuhadah Zainol said...

org diet boley makan bendalah ni tak?

oh sedapnyeeee....

Hana Soffelia said...

Lama blog ni xberasap. Tertunggu resepi gojes cik Ina. ^_^

NHML said...

sejak kak ina kata kimball punya sos sedap lagi try guna kimball mmg best dari prego....hsbnd pun kata sedap nie yang terliur nie kekekek

Unknown said...

lorrrrrr...kte wat atkins diet...dah ke lauttt kerr..kikikik

Firdausy CiLiKku said...

huhuhu mmg sedap, anak saya suka versi spagetti. kadang2 jadi bekal sekolah dia

Unknown said...

Spiral pasta buat salad pun best....

Ida Mohd Ali said...

sedap la pulak nmpk, kne buat jgk nih...yummy2

Ida Mohd Ali said...

sedap la pulak nmpk, kne buat jgk nih...yummy2