Kategori Menu

Ala Carte (11) Atkins Menu (14) Ayam (14) Daging (5) Desert (9) Ikan (9) Kerabu (4) Ketam (6) kuih (6) Minuman (3) Pasta (7) sayuran (6) Sotong (15) Udang (16)

Thursday, September 11, 2014

Mee Goreng Mamak yang tak berapa nak mamak.




Kali ke-2 goreng mee semenjak jadi bini orang. 1st time dulu gagal teruk.
Jangan kutuk kata: alahai... mee goreng jer kot?! yer2... saya mmg x pandai bab menggoreng goreng ni kecuali nasi goreng bodo ngan spegeti kampung. :p
Percubaan kali ni hasilnya memberangsangkan. laki request nak lagi dan lagi...

Saya ambik resepi kat internet. tapi adalah alter2 derhaka reseipi asal sikit2.

Resepi asal Mee Goreng Mamak:

Bahan Bahan:
1 bungkus mee kuning (dibasuh dan toskan)
200 gram ayam di potong dadu
2 biji bawang besar dikisar
2 biji bawang putih dikisar
(bawang tu saya tumbuk jer)
6 tangkai lada kering dikisar (saya pakai cili giling jer)
1 sudu serbuk kari dibancuh
1 sudu kicap pekat
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
2 biji telur
Segenggam taugeh
1/2 ikat sawi di potong
Garam secukup rasa
Serbuk perasa (jika perlu)

Cara-cara
1. Tumiskan bawang besar, bawang putih & lada kering yang telah di kisar.
2. Bila sudah naik bau, masukkan serbuk kari yang telah di bancuh dengan sedikit air.
3. Apabila sudah naik bau dan minyak, masukkan ayam (atau udang/daging etc) dan gaulkan sehingga masak.
4. Masukkan kicap pekat, sos cili dan sos tiram. Taburkan garam / serbuk perasa (kiub ayam) secukup rasa.
5. Masukkan mee kuning dan gaulkan sehingga masak. Apabila wap sudah mula keluar dari celah-celah mee, besarkan api, kaiskan mee ke tepi dan segera pecahkan telur di bahagian tengah kuali dan kocakkan. Apabila telur agak masak gaulkan telur dan mee serta masukkan sayur sawi dan tauge.
6. Apabila sayur sawi sudah layu, matikan api.



duetkan mee goreng dgn keropok keping n cili jeruk. baru wallaweiiiii...