Kategori Menu

Ala Carte (11) Atkins Menu (14) Ayam (14) Daging (5) Desert (9) Ikan (9) Kerabu (4) Ketam (6) kuih (6) Minuman (3) Pasta (7) sayuran (6) Sotong (15) Udang (16)

Wednesday, November 13, 2013

Atkins Menu: Ayam Percik halal ATKINS



Juadah bersahur di hari pertama berpuasa dgn ATKINS.
sedap wooo... 2 ketul tak cukup, tambah lagi seketul bahagian suami.
ko mampu telan ayam pepagi buat berketul-ketul?! :p

Resepinya:

AYAM:
  • memula ayam tu basuh sampai pucat ;p... gaul garam + kunyit + bawang putih + halia + sekeping asam keping...
  • then rebus bersama santan dan air. rebus sampai masak yer... dah masak, setel dulu pasal ayam ni... kite buat kuah perciknya pulak.

KUAH PERCIK:
  • blend kan 2-3 biji bwg merah saiz besar + 1-2 btg serai + 2-3 ulas bwg putih + seketul halia sebasa ibu jari saya (:p) + seketul kunyit hidup + beberapa tangkai cili kering (kuantiti ikut tahap kepedasan yg diingini. saya suka pedas2 sikit) > blend sampai lumat (saya suka blend pakai santan)
  • masukkan bahan2 yg di blend tadi ke dalam santan yg telah dipanaskan, sekeping dua asam keping dan garam (jgn letak gula langsung). kacau hingga menggelegak dan seakan pecah minyak. siap.

>> bila nak makan, masa untuk memanggang versi KL iaitu: panaskan pan atas dapur gas, letak ayam yg dah siap direbus dan curahkan kuah percik menggunakan api yg sederhana besar. sedap woooooo~~~ kalah yg beli kat param (pasar ramadhan).


tapi idoklah saya ni gigih bangun subuh hari baru nak masak ayam... nak buat kuah perciknya. saya masak malam banyak2 dan peram dalam esbok. boleh wak sahur... dan berbuka esoknya. 




bersedia untuk lepak dalam esbok barang sehari dua. :)








5 comments:

deelira@deeliraz said...

simplenye... kena cube nih

Cutella said...

Hmmmm..Delicious!

Unknown said...

alahaiii sedapnye....nak kena cuba nie....

Anonymous said...

tak bubuh gula sedap ke...

Cik Matahariku said...

as salam puan, saya mohon share resepi dan gambar ke dalam blog saya ya.semoga puan mendapat kebaikan yang lebih banyak dan berpanjanagan dengan perkongsian ini.amin.:)