Kategori Menu

Ala Carte (11) Atkins Menu (14) Ayam (14) Daging (5) Desert (9) Ikan (9) Kerabu (4) Ketam (6) kuih (6) Minuman (3) Pasta (7) sayuran (6) Sotong (15) Udang (16)

Thursday, September 2, 2010

Buah Melaka

soklan uji minda pagi2:~ buah apa xder pokok???
teka2.... bahulu? salah2...
teeettttttttt... masa dah tamat
jawapannya
.
.
.


BUAH MELAKA... hahhahaha...
oit, gelak la... aku wak lawak nih!
aper??? x kelakar?!
terus benam muka dlm tepung... ;p

k, sebab x kelakar... aku kembali serius *bercakap sambil rapatkn ke2 kening*
buah melaka ni kalo kat belah kelantan panggil ONDE-ONDE...
nak kata ni kuih peberet aku x jugak...
tapi 1st day puasa cam teringin sgt nak buat sendiri...
pastu makan sendiri gak... tak2... mkn secara berjemaah dgn achik & cik esah...

nak buat onde2 ni senang jer...
sebab ni festime nk men uli2 tepung... mintak tolong tunjuk ajarku sifu cik esah...


ini bahan2nya...
  • tepung pulut
  • daun pandan - blend - dptkan airnya
  • kelapa parut - gaulkan dgn sedikit garam
  • gula melaka - potng kecik2
  • sedikit air kapur
masukkan air daun pandan dan sedikit air kapur ke dalam tepung

uli tepung tadi sehingga jadi begini. kemudian dah boleh gentel onde2 bulat2... jgn lupa, letak gula melaka dlm getelan anda itu! pas gentel > plup2 dlm air yg mendidih > angkat onde2 bila masak - tips nak tau onde2 tu masak adlah ia akan timbul terapung di permukaan air...

then, gaulkn dalam kelapa parut tadi...
siappppppppppp...
sekali gigit... caaaaaa... maka pecahla gula melaka di dlm mulut anda...
jadi cik esah bagi nama kuih ni 'BUAH KEKOH CAAAAA'
*kekoh adlah bahasa kelantan yg menbawa maksud GIGIT. ;p

2 comments:

Marzalina said...

saya dah buat dah buah melaka ni hari ahad lalu...hehehe...cuma lupa nak ambil gambar..huhu..nasib baik jadi.

InaAchik said...

marzalina;
gud2... tp syg xder bukti! hahhahaa