Kategori Menu

Ala Carte (11) Atkins Menu (14) Ayam (14) Daging (5) Desert (9) Ikan (9) Kerabu (4) Ketam (6) kuih (6) Minuman (3) Pasta (7) sayuran (6) Sotong (15) Udang (16)

Monday, September 6, 2010

Sotong Masak Merah versi cik kaki

ni resipi rekaan semata mata... kesan sampingan bila bulan puasa dah makin menghujung... otak pun dah makin membeku tak tahu nak masak apa... maka dengan confidentnya buat resipi sendiri... tak salah kan?! yang penting, tak menyusahkan tukang masak yang tenaga yang dah tinggal nyawa2 ikan di petang hari puasa... selagi lalu tekak menelannya... belasah sajorrrkkkk! hehheee...

bahan-bahan:
  • sotong 
  • sayur mayur majmuk 1 malaysia - carrot, bunga kobis, tomato, cili merah dan cili api - semuanya dipotong mengikut kesesuaian... :)
  • bawang besar - hiris
  • sos tiram
  • sos cili
  • garam dan kunyit
  • minyak
  • daun limau purut

cara-cara:
  • masukkan sotong dalam kuali > buh garam kunyit > goreng tanpa minyak seketika (kejap jer, jgn lama sgt)
  • pastu bubuh minyak > sos tiram & sos cili > sayur majmuk. 
  • last sekali baru letakkan daun limau jeruk purut.
  • siap dan hidangkan... hiaslah sikit kalau rajin. kalau tak, tompok2 atas pinggan nasi panas2 pon sedap kalau dah lapar tu... hehehheee...

 hubby suka sangat... :)

2 comments:

wana yusuf said...

Salam Iena...
Menarik blog iena ni.... akak suka baca... Sotong ni kalau segar tak perlu masak yang rumit2... masak simple2 or campak2 je pun dah sedap...akak pun selalu masak cam ni jerrr!!! teruskan berblogging!!! lg satu sotong bakar bbq tu akak rasa nak cuba!!! simple jer kan!!! tapi nampak sedap!!!

Iena said...

@ Wana yusuf:
salam kak wana... mekasih coz sudi dtg blog x seberapa kite ni...
tu la, sotong mmg sedap kak tp tang kolesterol yg x tahan tu... hu3