Kategori Menu

Ala Carte (11) Atkins Menu (14) Ayam (14) Daging (5) Desert (9) Ikan (9) Kerabu (4) Ketam (6) kuih (6) Minuman (3) Pasta (7) sayuran (6) Sotong (15) Udang (16)

Monday, November 15, 2010

Sambal Sotong Petai

uhuk2...terbatuk batuk masuk blog sendiri...
nampak nor lama tak berupdate yer...
ampunkan  sayaaaaa... penunggu gua...
hari tu suami kite hadiahkan kite buku masakan...
takkan nak tenung jer resipi2 dalam buku tu... haruslah cuba kan...

 :: sambal sotong petai ::
biasa makan sambal udang petai... sekali jumpa resipi sambal sotong petai plak...
hmmmmm... tanpa ragu2... ini menu pertama yang aku cuba...

BAHAN2:
  • sotong - beberapa ekor - potong bulat bulat
  • petai - buang kulit
  • garam & gula
  • minyak masak
bahan kisar:
  • 20 biji cili padi
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 biji tomato
  • 2cm halia
CARA MEMASAK:
  1. panaskan sedikit minyak. tumis bahan kisar sehingga naik bau dan garing
  2. masukkan sotong dan kacau
  3. masukkan petai, garam & gula secukup rasa. kacau seketika dan hidangkan...


 huhhhhhhh... memang sodap beb!

tapi selamat menyental bilik air lps makan tu yer... ;p

No comments: