Kategori Menu

Ala Carte (11) Atkins Menu (14) Ayam (14) Daging (5) Desert (9) Ikan (9) Kerabu (4) Ketam (6) kuih (6) Minuman (3) Pasta (7) sayuran (6) Sotong (15) Udang (16)

Tuesday, November 30, 2010

Nasi Goreng Tomyam


menu untuk lunch di petang ahad... 
biasala hari minggu... breakfast di tengah hari... lunch di petang hari... :)
mana ada istilah pagi di hari minggu... hahahhahaaa...

bahan2:
  • nasi putih (2 cawan)
  • ayam - potong kecik2
  • 3 ulas bwg putih (tumbuk)
  • 4 biji bawang merah (tumbuk)
  • 2 batang serai (hiris)
  • bunga kantan (hiris) - aku tak bubuh sebab xder...
  • 1 sudu cili boh @ cili giling
  • 2 sudu perencah tomyam 
  • minyak, garam & gula
cara memasak:
  1. panaskan 2-3 sudu minyak masak > tumis bawang putih & bawang merah bersama serai hingga wangi
  2. masukkan cili boh & perencah tomyam
  3. masukkan ayam 
  4. masukkan bunga kantan
  5. masukkan nasi
  6. sesuaikan rasa (tambah garam & gula jika perlu) - diingatkan, perencah tomyam tu dah masin...
hei nasi goreng... hei sungguh lazat... sungguh enak... dimakan dengan daging goreng kunyit. :)

No comments: