Kategori Menu

Ala Carte (11) Atkins Menu (14) Ayam (14) Daging (5) Desert (9) Ikan (9) Kerabu (4) Ketam (6) kuih (6) Minuman (3) Pasta (7) sayuran (6) Sotong (15) Udang (16)

Monday, November 22, 2010

Ayam Masak Merah Bersantan

ayam masak merah
ni resipi dari buku masakan hadiah dari encik suami jugak...

BAHAN2:
  • ayam - 1/2 ekor
  • pes tomato - tapi aku guna sos tomato jer
  • 3 sudu cili kisar
  • 1 biji tomato - potong 4
  • 2gm jintan manis
  • 3gm buah pelaga
  • 2.5cm kulit kayu manis
  • 120gm bawang merah - dihiris
  • 50gm bawang putih - dihiris
  • 2 sudu makan perahan limau
  • minyak masak
  • santan pekat
  • garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
  1. goreng ayam hingga kuning keemasan. angkat dan ketepikan
  2. panaskan minyak dan tumis jintan manis, buah pelaga, kulit kayu manis, bawang merah dan bawang putih sehingga berbau wangi
  3. masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. kemudian masuk pes tomato @ tomato sos dan kacau rata sehingga wangi
  4. masukkan santan pekat dan garam
  5. akhir sekali masukkan ayam dan tomato.


close up kasik meleleh sket! ;p

3 comments:

LilYofDaPond said...

wah cm sedap je tgk gmbr..heheh.mesti cube neh.. :)

Nasuha said...

emmm nampak sedap...

Nasuha said...

emmm...nampak sedap...