Kategori Menu

Ala Carte (11) Atkins Menu (14) Ayam (14) Daging (5) Desert (9) Ikan (9) Kerabu (4) Ketam (6) kuih (6) Minuman (3) Pasta (7) sayuran (6) Sotong (15) Udang (16)

Friday, October 21, 2011

Nasi Lemak

Assalamualaikum...

Cam lama jer tak feeling2 chef kat sini...
Takkan merajuk sebab takleh masuk FINAL Blogger MasterChef kot...
Takde maknanya lah... Cuma mood masak kedaung sikit lately.
Asyik nak jadi MAM besar main order jer kat kedai siam... hehehee...

Hari tu (beberapa minggu lepas) kita wak NASI LEMAK.
1st time ni wak nasi lemak even suka makan nasi lemak.
Sebab? Ingat susah... sekali... SENANG SEMESEK oghe kelate kato...
(tak faham, sila rujuk kamus bergerak di sekeliling anda ;p)


Telur is yillek. Ganti dengan sambal udang.


RESIPI adalah 100% dari MY RESIPI

Bahan untuk nasi:-
  • @ 2 cawan beras
  • @ 1 cawan santan n 1 cawan air( jun guna 1/2 cwn santan pekat n 1 1/2 cwn air)
  • @ 1 helai daun pandan - disimpul
  • @ 3 hirisan halia
  • @ secubit garam
Bahan untuk sambal:-
  • * 6 sudu besar cili kering mesin
  • * 4 ulas bawang merah -ditumbuk
  • * 2 ulas bawang putih -ditumbuk
  • * 1 biji bawang besar -dihiris
  • * segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
  • * sedikit air asam jawa
  • * sedikit belacan (jika suka)
  • * garam n gula
  • Bahan sampingan lain :-
  • Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.

Cara-cara

  1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
  2. Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
  4. Masukkan garam n gula. Masak sehingga agak pekat.


 ohhhhhhh~~~ nasi lemak saya lagi sedap dari akak bukak payung depan ofis ni! :p


8 comments:

Susie said...

sedap...senang je kan??

Qhaifa Nur said...

salam singgah

lepas raya belum makan nasi lemak asyik makan makaroni goreg....

dah follow jom follow back
qhaifanurin.blogspot.com

Aiza Haris said...

bikin saya pitammmmm tgk kesedapan ns lemak tu

www.facebook.com/tokai1103 said...

boleh letak like or share button mcm dekat blog utama? hehe. just easy to share...btw,lagu ni pn still can share it.. just ask.

IdaShazana said...

nasi lemak buatan sendiri haruslah sedap ...

Puteri Nuur At-Terawis said...

terliurnya!! Nak etekkk!

Totie@Tomy said...

makanan wajib tapi bukan hari2 makan ar..hehe

nuanza said...

makkkk!!!!! tlong!! x tahan tgk nasik lemak...huk..hukkk..