Kategori Menu

Ala Carte (11) Atkins Menu (14) Ayam (14) Daging (5) Desert (9) Ikan (9) Kerabu (4) Ketam (6) kuih (6) Minuman (3) Pasta (7) sayuran (6) Sotong (15) Udang (16)

Friday, May 17, 2013

Gulai Lemak Cili Api Sotong & Ikan Kembung Sweet Sour versi sempoi baik punyer tapi sedap gilo. :p

semekommmmmmmmmmmmm...
lepas 4 bulan baru jengok sekali blog anak tiri ni.
biasalah, mak tiri kena la kejam dan pilih kasih.
blog peribadi lebih dimanjakan. :p

nah2... sila jamu mata.
hidangan pantas dari tuan rumah untuk tetamu.
balik kerja campak beg atas sofa, terus sarung apron dan dengan gagah dan macho terus bersilat bak pendekar kundur di dapur comel milik ku. **suami, nak kitchen cabinet hitam putih berkilat boleh?! :p**
tapi segala penat lelah terubat melihat kerakusan tetamu saya makan. hahahhaa...


gulai lemak cili api sotong + ikan kembung sweet sour + ikan kembung goreng rangup + ulaman segar dari Cameron + budu (mung maghi umoh oghe klate gak budu tu menu wajib lah jawabnyo. mung dok pehe? dok pehe sudoh. ngango muluk luah2 biar lalat masok. pade muko! :p) + nescafe shake

resipi? semua dah ada dalam blog ni. nak gali ler sendiri. hahahahhaaa... sangat mak tiri kan?! taknak ah jadi mak tiri kijam camni. saya nak jadi mak tiri yg comel dan charming. haruslah saya sertakan link di sini kan.... ;)


SOTONG MASAK LEMAK CILI API:
resipinya adalah adaptasi sepenuhnya dari resipi KETAM MASAK CILI API cuma tang ketam tu kasik tukar ngan sotong la. memula panik tau sebab sotong tu keluarkan air. masa tu rasa nak nangis takut tak sedap. budget bijak dan kreatif la nak pelbagaikan resipi yg satu jadu pelbagai menu. pastu tak agak2, wak kerja2 try n error ni time nak hidangkan utk tetamu. bijak lah snagat kan. tapi tak sangka tetamu ai cakap. alah, tetamu kalo kutuk masakan tuan rumah mahu la kena mandi ngan kuah lemak kan. hahahahahaa... tak2, betul ni... suami pun cakap sedap. tapi still korang xleh percaya, sebab laki ai memang kaki bodek. suka puji isteri dia. sukaaaaaa! lalalalallalaaa...


IKAN KEMBUNG SWEET SOUR.
ni pon dah bagi resipinya di SINI. cuma kali ni saya pakai capsicum. ni sumpah gua tak tipu erk.. tetamu ai makan sampai tahap pinggan tu takyah cuci. bersih! letak sudu kat luar, lap pinggan ngan jari then jilat jari tu. betul ni! tengok, ai sedang tautkan kening kiri dan kanan wak muka serius neh! :p
tapi... kalau tgk resipi dia, confirm korang tak caya ni. sebab senang melampau tahap korang boleh masak sambil layan KEEK n WE CHAT! ngehehehe... esoknya suami cakap, "semalam nyer ikan sweet sour tu best giler bie. abg rasa mcm tak cukup. nak lagi." apa saje untukmu sang arjuna! :p

ikan kembung goreng tu takyah lah bagi. kang satu penghinaan besar pulak kannnnnnnn... ;)




8 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak ina, rindu nak baca masakan akak! hehehe okey sheila follow blog peribadi kak ina ye. sedih tengok blog masakan ini dianaktirikan ;p

Halawatul Iman said...

Assalamu'alaikum.

(baca post ini sambil menelan air liur tengok gambar makanan)
Sedapnya...

*lapar.

~azillakhalison~ said...

salam.....ya ampunnn.terliurnye tgk masakan2 awakk..so kite start folow blog ni..teruje tgk makanan yg simple n menyelerakan..hehe

dina said...

sotong tu kalu takmo kelua air, mu letak atas api dulu, amek kuali/periuk letak je sutun tu semua lps cuci panaskan atas api, nanti kelua airnya dulu... lepas dah kelua air, toskan airnya simpan dulu kot2 nak jadikan kuah...

Norhazlina Mohd. Zaki said...

sedapnyerr....menu sotong hari ni..tp tk tau nk maslk per selain dr sambal tumis...
TQ sharing...nk cuba yg ni laa...

tenku butang said...

hai.. salam kenal,
follower no.602
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog
http://honeyoyeke.blogspot.com/

Syafik Coklat said...

dalam banyak2 ni , aku rasa ikan goreng la paling sedap.hehe

Anonymous said...

salam. saya baru baca blog awak ni. menarik food dia.

tapi saya rasa sotong tu paling high carb. kalau boleh elakkan masa induction.

sotong, kerang, mmg high carb