Kategori Menu

Ala Carte (11) Atkins Menu (14) Ayam (14) Daging (5) Desert (9) Ikan (9) Kerabu (4) Ketam (6) kuih (6) Minuman (3) Pasta (7) sayuran (6) Sotong (15) Udang (16)

Wednesday, August 25, 2010

Masak Lemak Cili Api Ketam


ok, pengakuan jujur... seumur hidup semenjak aku bersahabat baik dengan periuk belanga kat dapur tu, ni first time aku try wak masak lemak. silakan percaya! sebab kami laki bini tekak pantai timur sempadan siam. so, mmg suka sup2 n tomyam serta lauk pauk yg ader unsur2 masak nak kasik perut menanah jerk... hehhehee... 1st trial ni plak nak jamu tetamu datang berbuka kat rumah. giler berani amik risiko kan... alaaa... aku kan mmg sukakan cabaran! *over tau!!!
dalam poyo2 ni gigihla koling2 my mum... ek eleh, senang giler rupanyer! *berlagak xbukanlah sikap yg baik!

bahan2:
  • ketam - aku buat 3 ekor jerk. (sila mintak abg kedai siangkan siap2... kite balik tinggal cuci jerk)
  • santan - aku beli yg sebijiknya tapi guna x abes. 
  • cili merah sebijik*
  • cili api - ikut tahap kepedasan lidah korang*
  • sebijik bawang merah saiz besar. kalo kecik pepandai ler...*
  • kunyit hidup *
  • asam keping sekeping
  • daun kunyit
  • serai sebatang - titik
  • garam & gula


cara2 memasak: 

  • buh santan + air dalam periuk. ambik sikit wak blend bahan2 yg bertanda *
  • pastu tuang bhn2 yg diblend tu dalam periuk berisi santan tadi tu, then terus masukkan ketam + asam keping + serai + daun kunyit + garam dan secubit gula. kalo byk cubit nanti sakit! auuuu!!!
  • masak dgn api sederhana dan ringan2kan tangan kacau supaya santan x berketul.
  • masak sampai ketam tu masak. SIAP!
ok, puas hati dengan hasilnya... lagi2 tgk tetamu duk hirup kuah ku... pak enchek yg x suka lemak pon cakap sedap! siap request suruh buat lagi tu... (✿◠‿◠)
memang senang! tak yah nak menumis segala... men campak2 jerk!

2 comments:

eMMe said...

Wah! ketam pulak...mcm2 la Ina nih...
tgk cam sedap, rasa nye tak tau la sedap ke tak...hahaha...

InaAchik said...

emme:
cessssss... sempat lg nk kondem aku! hahhahahaa