Kategori Menu

Ala Carte (11) Atkins Menu (14) Ayam (14) Daging (5) Desert (9) Ikan (9) Kerabu (4) Ketam (6) Minuman (3) Pasta (7) Sotong (15) Udang (16) kuih (6) sayuran (6)

Wednesday, December 14, 2011

RESIPI MALAS ~ Koslo malas duet Grill Sausage


Hari ni upload gambar di atas kat BLOG lagi satu tu...
put tittle: 
 pastu nak propa lagi:
sape nak resipi pemalas, sila tinggal komen kata:
CIK KAKI ada geng malas!
 
berduyunnnnnnn tinggal komen! oyeah, tak syak lagi... aku punya ramai geng malas! :)
 
 
So, tanpa segan silu, mari kita tinjau resipi malas ni...
 
Untuk Koslo malas: 
parut/senggat carrot & zucchini (timun pon boleh), hiris nipis kobis dan tomato > gaulkan dgn thousan island > SIAP!!!

Untuk Grill Sausage:
Sausage - letak atas pan - tabur black pepper crush dgn oregano - golekkan mereka atas pan dengan api perlahan - SIAP!!! 

kan dah kata senang dan simpel!
boleh tutup kelemahan MALAS dgn food prensentation ;)


Friday, December 9, 2011

Megi Belacan - My top SECRET! :p

Hidangan makan malam yang hebat! walo megi jer tapi HELLLLOOOOOO... ini megi bukan sebarang megi... ini megi disuntik nilai2 estetika anak jati kampung. mekan megi ngan air belacan sampai hidung rompong! ko berani?! tak kan?!

Cara2 (merujuk pada 2 paket megi untuk santapan 2 mulut tahan pedas berapi):

Mula2 korang masak megi kari (di cadangkan kari yer, bukan tomyam mahupon asam laksa). Camana nak masak megi??? suka hati korang lah... kalo malas: rendam adalah terbaik! hehehe... (sah pemalas lipas nyer orang!). Cam aku:
  • tumis bawang putih (3 ulas) dan sebiji bawang merah saiz gemuk dan overweight (1 biji) - dimayang
  • masukkan air - kalo 2 paket aku guna 3 cawan tapi jgn tiru aku sebab mungkin cawan rumah aku tak sama dgn cawan rumah kamu! :p
  • bila air didih, buh perencah. biarkan seketika then pecahkan telur dibasuh sebijik then kacau - aku suka telur tu hancur
  • pastu leh masukkan megi dan sayuran then tutup api -> SIAP!
 Pastu buat air belacan. Cara2:
  • potong 5-6 biji cili api > sedikit belacan > 2-3 sudu kuah megi > perah limau > SIAP!
Eh, dah siap dah?! senang gilo!!!

Air belacan siap sedia untuk di makan ngan megi kari telur dibasuh...

Tapi macam mana nak makannya?
pakai sudu dan garfu... kalo ko terer sket, pakai chopstick! :p
k, tahu tak klakar... takleh gurau... gi surau! ;)

Macam ni makannya...
ko buh air belacan tadi (tapi bukan semua) ke dalam megi... gaul2... rasa sikit... eh x cukup la... tambah lagi air belacannya... gaul2 lagi... slurpppppppppppppppppp~~~ oh la laaaaa...
#sediakan tisu untuk lap hingus supaya ko tak tertukar tu kuah megi ker hingus! hahahahaa...

SELAMAT MENCUBA TAWAN TAWANNNNNNNNNNNNNNN... :)


Wednesday, November 30, 2011

Kek Tiramisu yang simpel!

fuh fuh fuhhhhhh~~~ tiup habuk sapu sawang jap! giler pemalas lipas nak tayang masakan sendiri skrg... sebab skrg suka makan nasik ngan budu jer... ;)

wiken hari tu mengidam nak wak tiramisu kek... bukan ngidam nak makan tapi ngidam nak masak. bleh gitu? boleh ajer... standardlah, manusia dlm dunia ni pelik2! :p
pastu seboklah menggugel resipi kat tenet...*kemudahan internet di hujung jari...

Tiramisu
*source Mama Tisya

Bahan-bahan :

1 peket biskut lady finger @ biskut tiramisu
250g cream cheese
200ml whipping cream
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1 sudu serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

*If korang tak suka nescafe and nak tukar dengan milo or mocha or cappucino pun boleh.. If nk pekat, letak la banyak.... Terpulang pada selera masing2... Biskut tiramisu tu boleh ditukar ngan kek span perisa coffee...

Cara-cara :
  1. Bancuh nescafe dengan satu cawan air panas....ketepikan dahulu
  2. Pukul gula + cream cheese + whipping cream sampai kembang.. ketepikan dahulu
  3. Celup biskut ke dalam air nescafe & susun dlm bekas kaca
  4. Sapukan adunan cream + cheese tadi atas biskut.
  5. Tabur serbuk koko pastu ulang step 3 & 4
  6. Tutup dgn aluminium foil and sejukkn dlm fridge semalaman
  7. Hiaskan dengan serbuk koko bila time nk mkn

aku tak jumpa biskut tiramisu. pastu jumpa 1 blog yg sorang ni pakai sponge kek... so tiru jer dia...
LINK - bagus, dia wak entry tutorial bergambar! untuk aku yg 1st time nak buat kek ni, memang sesuai la... yer ditekankan, 1st time nak buat kek then pilih tiramisu kek sebab dia x perlu baking dan senang gilos! hanya perlu kasik lepak kek tu dalam esbok semalaman sebelum di makan...

hmmmmm... cam tak berapa sedap jer... kalo ganti ngan coklat kek pon oke sket kut...


kek tiramisu ready to eat after seharian tido dalam esbok...


diberi sedikit unsur kiut supaya kelihatan sedap! :p

aku rasa kan... aku ni tak sesuailah nak buat kek segala... masak lauk pauk makan ngan nasik panas2 kenyang sket. lagipon puas hati tgk laki makan... ni laki aku bagi makan kek, makan sesudu... pastu wak muka loya2 tanpa mengandung... oke faham, laki mak orang kampung! :p


Friday, October 21, 2011

Nasi Lemak

Assalamualaikum...

Cam lama jer tak feeling2 chef kat sini...
Takkan merajuk sebab takleh masuk FINAL Blogger MasterChef kot...
Takde maknanya lah... Cuma mood masak kedaung sikit lately.
Asyik nak jadi MAM besar main order jer kat kedai siam... hehehee...

Hari tu (beberapa minggu lepas) kita wak NASI LEMAK.
1st time ni wak nasi lemak even suka makan nasi lemak.
Sebab? Ingat susah... sekali... SENANG SEMESEK oghe kelate kato...
(tak faham, sila rujuk kamus bergerak di sekeliling anda ;p)


Telur is yillek. Ganti dengan sambal udang.


RESIPI adalah 100% dari MY RESIPI

Bahan untuk nasi:-
  • @ 2 cawan beras
  • @ 1 cawan santan n 1 cawan air( jun guna 1/2 cwn santan pekat n 1 1/2 cwn air)
  • @ 1 helai daun pandan - disimpul
  • @ 3 hirisan halia
  • @ secubit garam
Bahan untuk sambal:-
  • * 6 sudu besar cili kering mesin
  • * 4 ulas bawang merah -ditumbuk
  • * 2 ulas bawang putih -ditumbuk
  • * 1 biji bawang besar -dihiris
  • * segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
  • * sedikit air asam jawa
  • * sedikit belacan (jika suka)
  • * garam n gula
  • Bahan sampingan lain :-
  • Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.

Cara-cara

  1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
  2. Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
  4. Masukkan garam n gula. Masak sehingga agak pekat.


 ohhhhhhh~~~ nasi lemak saya lagi sedap dari akak bukak payung depan ofis ni! :p


Wednesday, October 12, 2011

Meggi Ikan Bilis pujaan selalu


Tiap kali tayang Megi Ikan Bilis ni kat fesbuk, mesti kengkawan meroyan pakat nak makan megi jugak. Dah lama janji nak bagi resipi tapi tak terbagi pon. Aku bukan aper, cam segan... masak megi pon nak bagi resipi gak?! Ko nak, ko amik... ko xnak, dendiam :p
Tapi, kalo nak cuba, risiko tanggung sendiri. Pesanan penaja: standby tong sampah kot2 termuntah ijo kan... karang muntah bersepah plak! hahahahhaaa...

Bahan2:

  • 2 peket MAMEE Kari Letup (aku suka MAMEE dari MAGGI)
  • 3 ulas bawang putih - mayang
  • 1 biji bawang merah saiz besar - mayang
  • ikan bilis - sukatan ikut suka lah
  • cili api - potong (aku biasa pakai 4 - 5 biji)
  • sayur kalo nak (biasa aku guna sawi dan tomato)

Cara masak:
panaskan minyak, tumis bawang 2 beradik tu sampai naik bau, then masukkan ikan bilis > teruskan menumis sampai garing > masuk air > buh perencah megi bila air mendidih > buh cili api > biar sekejap > masukkan megi dan sayur. siap!

sebelum makan, perah limau! fuhhhhhhhhhhhhh~~ menu terbaik kalo malas!!!



MEGGI BANJIR UDANG pon sedap jugak! :)


kesimpulan, megi makanan ruji kedua after nasik! hahahhahaaa...