Kategori Menu

Ala Carte (11) Atkins Menu (14) Ayam (14) Daging (5) Desert (9) Ikan (9) Kerabu (4) Ketam (6) kuih (6) Minuman (3) Pasta (7) sayuran (6) Sotong (15) Udang (16)

Friday, October 21, 2011

Nasi Lemak

Assalamualaikum...

Cam lama jer tak feeling2 chef kat sini...
Takkan merajuk sebab takleh masuk FINAL Blogger MasterChef kot...
Takde maknanya lah... Cuma mood masak kedaung sikit lately.
Asyik nak jadi MAM besar main order jer kat kedai siam... hehehee...

Hari tu (beberapa minggu lepas) kita wak NASI LEMAK.
1st time ni wak nasi lemak even suka makan nasi lemak.
Sebab? Ingat susah... sekali... SENANG SEMESEK oghe kelate kato...
(tak faham, sila rujuk kamus bergerak di sekeliling anda ;p)


Telur is yillek. Ganti dengan sambal udang.


RESIPI adalah 100% dari MY RESIPI

Bahan untuk nasi:-
  • @ 2 cawan beras
  • @ 1 cawan santan n 1 cawan air( jun guna 1/2 cwn santan pekat n 1 1/2 cwn air)
  • @ 1 helai daun pandan - disimpul
  • @ 3 hirisan halia
  • @ secubit garam
Bahan untuk sambal:-
  • * 6 sudu besar cili kering mesin
  • * 4 ulas bawang merah -ditumbuk
  • * 2 ulas bawang putih -ditumbuk
  • * 1 biji bawang besar -dihiris
  • * segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
  • * sedikit air asam jawa
  • * sedikit belacan (jika suka)
  • * garam n gula
  • Bahan sampingan lain :-
  • Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.

Cara-cara

  1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
  2. Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
  4. Masukkan garam n gula. Masak sehingga agak pekat.


 ohhhhhhh~~~ nasi lemak saya lagi sedap dari akak bukak payung depan ofis ni! :p


Wednesday, October 12, 2011

Meggi Ikan Bilis pujaan selalu


Tiap kali tayang Megi Ikan Bilis ni kat fesbuk, mesti kengkawan meroyan pakat nak makan megi jugak. Dah lama janji nak bagi resipi tapi tak terbagi pon. Aku bukan aper, cam segan... masak megi pon nak bagi resipi gak?! Ko nak, ko amik... ko xnak, dendiam :p
Tapi, kalo nak cuba, risiko tanggung sendiri. Pesanan penaja: standby tong sampah kot2 termuntah ijo kan... karang muntah bersepah plak! hahahahhaaa...

Bahan2:

  • 2 peket MAMEE Kari Letup (aku suka MAMEE dari MAGGI)
  • 3 ulas bawang putih - mayang
  • 1 biji bawang merah saiz besar - mayang
  • ikan bilis - sukatan ikut suka lah
  • cili api - potong (aku biasa pakai 4 - 5 biji)
  • sayur kalo nak (biasa aku guna sawi dan tomato)

Cara masak:
panaskan minyak, tumis bawang 2 beradik tu sampai naik bau, then masukkan ikan bilis > teruskan menumis sampai garing > masuk air > buh perencah megi bila air mendidih > buh cili api > biar sekejap > masukkan megi dan sayur. siap!

sebelum makan, perah limau! fuhhhhhhhhhhhhh~~ menu terbaik kalo malas!!!



MEGGI BANJIR UDANG pon sedap jugak! :)


kesimpulan, megi makanan ruji kedua after nasik! hahahhahaaa...

Friday, October 7, 2011

Kan dah kata AKU BUKAN CHEF!

 
 
Cabaran blogger masterchef berlangsung ngan gemilangnya...
dan AKU BUKAN CHEF terus kekal sebagai BUKAN CHEF...
Takper... tak menang takper, tetap gumbira aman sentosa...
Melalui satu pengalaman baru yang tak ternilai harganya...

Ni sharing is caring ngan uols pengalamannya:
1- Cabaran pertendingan yang buat rasa cam senggugut di luar musim period (LINK)
2- Top 5 yang terpilih ke FINAL (LINK)
3- Moral of story dan TIPS (LINK)