Kategori Menu

Ala Carte (11) Atkins Menu (14) Ayam (14) Daging (5) Desert (9) Ikan (9) Kerabu (4) Ketam (6) kuih (6) Minuman (3) Pasta (7) sayuran (6) Sotong (15) Udang (16)

Friday, August 19, 2011

Asam Pedas Ikan Pari

Asam Pedas Ikan Pari

Taknak bagi senarai bahan boley? boley la sebab malas nak naip bulan2 puasa ni. nanti lemak jari terbakar dan mengakibatkan rasa lapar yg teruk yg membawa kepada gastrik... :p

Cara memasak:
  1. Blendkan 20-25 biji cili kering (aku pakai 2 sudu penuh cili giling) + 5 cili api + 1 biji bawang besar @ 8 biji bawang merah + 5 ulas bawang putih + 2cm halia + 2cm kunyit hidup + belacan
  2. tumis bahan blend bersama 1 batang serai yg dititik - sampai garing
  3. masukkan ikan pari dan kacau (aku suka masukkan garam masa ni sebab nak suh garam tu meresap dalam setiap rongga daging ikan pari tu)
  4. ramas asam jawa dgn semangkuk air hingga jadi pes - masukkan ke dalam periuk dan biarkan seketika
  5. masukkan air dan kacau
  6. bila hampir empuk, masukkan daun kesum + bunga kantan + bendi dan tomato serta beberapa helai daun kari jika mahu
  7. rasa dan sesuaikan rasa (jangan buat aksi ketika puasa) - tambah garam + gula (aku guna gula melaka utk kuah jadi pekat) 

pandangan atas bagi melihatkan keseluruhan bahan yg terlibat.


ia tak datang secara sendirian... pakej ngan ayam goreng berempah yg sun burn


dan sarsi soda sebagai artis jemputan di petang Ramadhan ke-13.
asalnya nak wak bandung soda skali br prasan kat umah aku xder sirap. tu blasah wak sarsi then campurkan ngan ice-cream soda. pastu nak suh nampak vesgedevas sket, letak la hirisan oren. kemain bertenggek hirisan lemon dibibir gelas... habis segelas, laki aku cakap pening! muakakkakakaaa...


Tuesday, August 16, 2011

Gabungan menu berbuka yang paling hebat! oh... terngiang ngiang...

juadah berbuka di Ramadhan ke-11.
Gulai lemak cili api ketam berduet dengan daging goreng kunyit dan diiring oleh nescafe shake menjadikan ramadhan ke-11 adalah antara kenangan terindah! muakakakakkakaa...



gulai lemak cili api ketam. 
tempek gambar secara bertubi untuk sampaikan betapa sedapnya... :)
RESIPI: klik SINI


daging goreng kunyit
nak resipi jugak ker? alaa... senang jer ni... segan la plak nak bagi resipi. tapi sebab baik hati (moral: orang baik tak ngaku baik yer kengkawan), bagi lah jugak... :p

RESIPI Daging goreng kunyit:
  • gaulkan daging dengan garam dan kunyit > goreng tanpa minyak dengan api perlahan sampai daging lembut @ air kering
  • kemudian masukkan minyak > gorengkan daging tadi seketika
  • dan masukkan bawang besar atau bawang merah bersaiz besar yang dihiris sebijik 2 bersama cili merah dan cili api.
  • gorengkan seketika dan siap! 
kan dah kata senang...







Friday, August 12, 2011

Daging Singgang - lauk org malas yg sedap

 

mak aku kata singgang adalah masakan orang malas yg sedap. SETUJU mak!!! :)

Bahan2:

  • Daging
  • lengkuas - mayang
  • halia - mayang
  • 3-4 ulas bawang putih - mayang
  • cili kering - gunting pendek2
  • lada hitam - tumbuk kasar
  • ketumbar - tumbuk kasar
  • asam keping / gelugor
  • garam & serbuk perasa jika bosan rambut banyak :p
Cara masak:
  1. daging direbus hingga separuh empuk
  2. kemudian masukkan semua bahan lain (cam pak jerrrrrrrrrrrrrrrrrrr)
  3. sesuaikan rasa
  4. masak hingga daging betul2 empuk.

:: juadah berbuka di Ramadhan ke-9 ::

Thursday, August 11, 2011

Telur Bungkus



gara2 nak buat telur bungkus ni, saya berjaya sepahkan dapur ngan jayanya sampai achik cakap  

"sedap telur bungkus ni... abang nak lagi tapi tunggu sampai abang kuat sikit..."

"kenapa?"

"sebab kite tak larat nak kemas dapur yg berkecah giler!"

hehehheheee... mana tak nya...
1kuali utk goreng daging cincang sampai kering air
pastu guna kuali lain utk tumis bawang segala utk buat inti tu plak.
guna ceper utk buat telurnya... sekali telurnya hangus sebab lupa nak kecikkan api. 
terus tukar kuali lain utk buat telurnya lagi sekali.
see... 4 bijik kuali utk sebijik telur bungkus! hahahahhaaaa... mau tak serik mamat tu!
sila jangan contohi perkara di atas yer puan2 gojes sekalian...


RESIPI ASAL: My Resipi
  • Daging cincang - anggaran segenggam tgn dewasa
  • Mix veggie - saya guna carrot, kacang panjang, capsicum & tomato (dipotong dadu/potong kecik2)
  • 1 biji bawang besar - saya guna bawang merah bersaiz besar :)
  • 2 biji bawang putih - dicincang kasar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap - saya tak letak
  • 2 biji telur - dipukul sedikit
  • Garam & gula - secukup rasa
  • Lada sulah - secukup rasa
  • Minyak utk menumis 

Cara-cara:
  1. Perap daging cincang bersama-sama dgn garam, gula & lada sulah dlm 10-15minit. Kemudian goreng daging t'sebut (goreng di sini maksudnya goreng tanpa minyak)
  2. tumis bawang putih + merah sampai garing, then masukkan daging tadi. 
  3. kemudian masukkan kesemua sos 3-4 beradik tu.Kacau sampai sebati.
  4. Kemudian masukkan sayuran. dah agak sayuran tu masak, tutup la api. kira siap ler ni intinya.
  5. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak & tuangkan telur yg dipukul. Seratakan telur ditepi kuali supaya boleh meliputi daging tadi.
  6. Letak daging cincang yg tlh dimasak ditengah2 kuali.Lipat telur t'sebut & letak piring. T'langkupkan kuali & telur bungkus sedia dihidang.SIAP!!!


 Juadah berbuka di Ramadhan ke-9. makan bersama Daging Singgang.


Wednesday, August 10, 2011

Udang masak lemak cili api

 
juadah berbuka di Ramadhan ke-8. 1st time ni udang masak cenggini... sedap rupanya ! udang tu rasa manissssssssssss jer bermandikan santan. :)
 
 
Resipi:
resipi adalah adaptasi sepenuhnya dari RESIPI KETAM MASAK LEMAK CILI API. cuma part ketam tu jer tukar ngan udang. 



sebetulnya, udang masak lemak cili api atau pun gulai lemak cili api yer???
cer citer... cer citer...


Tuesday, August 9, 2011

Resipi AYAM PERCIK Kelantan versi KL super senang! :)


duk umah atas langit takder laman nak hidupkan unggun api jangan jadikan halangan untuk makan ayam percik. ini ayam percik versi KL bakar2 atas dapur gas. walopon versi KL, asal keturunan ayam percik ni tetap dari KELATE sebab mek kelate yang buat! hehehheee...



RESIPI:
(kali ni malas nak tulis bahan. kita main carik bahan tersembunyi yer... baru cergas minda! hehehee...)
  • memula ayam tu basuh sampai pucat ;p... gaul garam + kunyit + bawang putih + halia + sekeping asam keping...
  • then rebus bersama santan dan air. rebus sampai masak yer... dah masak, setel dulu pasal ayam ni... kite buat kuah perciknya pulak.
  • untuk kuah percik tu, blend kan 2-3 biji bwg merah saiz besar + 1-2 btg serai + 2-3 ulas bwg putih + seketul halia sebasa ibu jari aku + seketul kunyit hidup sampai lumat.
  • masukkan bahan2 yg di blend tadi ke dalam santan + air, letak cili boh atau cili giling 1-2 sudu, garam dan gula. juga jangan lupa letakkan sekeping dua asam keping. kacau di atas api hingga menggelegak.
  • dah siap kuah n ayam rebus tadi... masa untuk memanggang versi KL iaitu: panaskan pan atas dapur gas, letak ayam yg dah siap direbus dan curahkan kuah percik menggunakan api yg sedehana besar.

untuk RESIPI BERILUSTRASI (bergambar la...) BAGI pemahaman yang lebih mendalam, sila RUJUK SINI.





biasa masak ciput2 jerk. yer, mak adalah failed kalo masak secara pukal yu... tapi kali ni berjaya wak percik sekor ayam. tapi ayam sekarang, sekor 15 hengget kurus kering! serba serbi mencekik la kekdahnya... nyampah!


Nasi Arab di Ramadhan ke-5



Mandhi rice with green chicken curry...

kebab and lamb bla2... xder nama khusus tapi kurang lebih like lasagna la...

aku masak?! takder maknanya! x pandai eh nak bernasi arab segala nih,... jumaat lepas laki mak kata xyah masak... kunun kesian tgk binik dia hari2 masak. so treat me buffet kat KHAN BABA. lepas makan tau dia masakan binik dia lagi sedap! :)


Friday, August 5, 2011

Sotong Bakar Bodo yang yummehhhh #Resipi juadah berbuka di Ramadhan ke-4

Sotong Bakar bodo datang pakej ngan sambal belacan



bodo merujuk kepada giler bapak senang! tapi kalo tak nak jiran sebelah tetiba kol bomba ckp umah korang terbakar, baik siang2 gitau dia... "kak bedah... saya ni nak bakar sotong. kalo asap berkepul tu jangan heran la yer..." pastu dah masak, pepandaila berbahasa hulur sekor dua... hehehhee....

pas makan bontot kena paku kat kerusi... pas makan tersidai kekenyangan. kalo boleh nak mintak laki tlg basuhkan tangan! hover tak?!

RESIPI sama seperti edisi sebelum ini. [LINK] <- klik link utk resipi sempoi.
cuma kali ni daun pisang tu aku ganti ngan daun kunyit. sebab kesian plak daun kunyit duk lepak kesejukan dlm esbok tu yg kasik panggang tu... tu optianal semata. kalo xnak lapik paper pon xper. 


Resipi pencicah sotong = sambal belacan
  • tumbuk 1 biji cili merah + 5 biji cili api + garam + gula + belacan + sedikit pes asam jawa > tumbuk sampai lumat then perah limau. > SIAP!

Lauk sampingan lain:



sawi tumis ker tumis sawi yer?


Ikan goreng kicap


 Ikan Goreng Kicap

sangat sesuai untuk dijadikan lauk bersahur. masak secara pantas! makan pon pantas jer nambah... hehehee...

Bahan2:
  • ikan paper jenis la - kite pakai ikan selar (1 ekor)
  • 2 ulas bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • halia - hiris
  • 1 sudu cili giling
  • kicap manis cap kipas udang (suka hati korang ler nak pakai cap ape..)
  • sedikit sos tiram
  • sedikit tomato sos
  • 1 biji bawang besar - potong kasar
  • 1 biji cili merah - potong
  • 1 biji cili hijau - potong
Cara Memasak:
  • ikan selar - cuci bersih - lumur garam + kunyit - goreng dan ketepikan
  • bawang putih  + bawang merah + halia  >  tumis sampai naik bau
  • masukkan 1 sudu cili giling - tumis sampai garing
  • masukkan air + kicap + sedikit sos tiram & tomato sos + bawang besar (hiris bulat) + cili merah + cili hijau
  • pastu buh gula + garam (aku tak buh sebab kicap dan sos tu dah cukup masin) dan sesuaikan rasa - siap!
 
walaupun rupamu hitam melegam... tapi kau menyelerakan lobang tekakku!


Thursday, August 4, 2011

Ramadhan ke-3: Resipi Gulai Kawah secret recipe by Cik Esah

sebelum korang tanya saper Cik Esah, meh sini nak cakap sesiap. Cik Esah tu my bonda. kenapa Cik? sebab Cik Esah single but not available! malas eh nak berbapak bapak tiri neh! hahahhaaaa...

Daging Gulai Kawah tapi aku masak dalam kuali jerk...

apa specialnya gulai kawah cik esah ni? senang sempoi lenggam lagi senang dari hafal ABC dan sgt sesuai untuk blog ABC (Aku Bukan Chef) - masak biar sempoi... makan biar sedap! :)
ada lagi yg buat gulai kawah cik esah ni sepacial iaitu BUDU! gulai buh budu. ada beran?! kalo beran, jom layan resipi rahsia cik esah yg bukan lagi rahsia ni sebab aku ngan tanpa rasa bersalah menyebarkan resipi cik esah tanpa pengetahuan beliau. shhhhhhhhhhhh~~~ dendiam jer! yang buat aku excited mencuba ni sebab gulai ni tak perlukan rempah ratus yg complicated (aku pun baru dapat resipi rahsia ni semalam tau!)

bahan:
  • daging lembu (500g)
  • halia (sukatan ni aku x reti nk gitau. sebab aku main gerak hati. dlm 1 inci kot) - hiris
  • bawang putih 3 ulas - hiris
  • bawang merah saiz sederhana besar 2 biji - hiris
  • perencah kari - 1 paket kecil
  • budu (2 - 3 sudu)
  • asam keping (1-2 keping bergantung pada saiz)
  • lengkuas + kunyit hidup sikit - tumbuk
  • kerisik 1 sudu
  • kentang 3 ketul - potong suka hati lalallaaa...
  • 1 cawan santan pekat
  • air
cara2:
  1. halia + bawang putih - tumis sampai naik bau dan kekuningan
  2. masukkan bwg merah - tumis smp garing
  3. masukkan perencah kari - tumis seketika dan baru masukkan 1 cawan air - tumis sampai kering
  4. masukkan daging + garam + gula + asam keping + kunyit & lengkuas yg ditumbuk + kerisik + budu - bubuh sedikit air (dalam 1 cawan)
  5. tutup periuk dan biar sampai daging lembut. kalau agak2 air kering, tambah la air lagi...
  6. pastu buh kentang. biarkan sampai daging + kentang masak.
  7. last sekali baru buh santan + air sesuka hati korang nak kuah cair or pekat. pastu aku buh cili hijau belah dua 2 bijik. ni cik esah x cakap aku sesaje suke menokok tambah...
  8. biarkan menggelegak seketika then siap! 
 
kuah gulai kawah aku ni terpekat sikit...


aku masak malam dan masuk freezer untuk 2 hari nyer bekal. balik keje masuk microwave jer... sebab 1st time masak kan... kalo siang kang takleh nak rasa2... sebab moto aku dalam masak: even aku dan kau guna bahan sama, naper ko masak sedap aku masak tak sedap? sebabnya sedap tu bergantung pada keseimbangan rasa...jadi pepandailah ko seimbangkan kuantiti bahan dan perasa serta masaklah dengan rasa cinta.dan keikhlasan di jiwa.. wahhhhhh moto la sangat kan! hahahahaha....

yang dalam bekas biru tu dah licin semalam. hari ni turn bekas hijau plak jadi mangsa... :)


hari ke-3, harus semangat lagi nak masak... so, apa barang makan leuk sepinggan terkontang kanting... haruslah ade menu2 sampingan kan...


ni dah bagi resipi. sila kodeh2 sendiri...

ni tak yah bagi resipi. kalo bagi jugak nanti org kata budget terlebih bijak @ terbalikkan maknanya akan jadi: "ko hengat aku bodoh sgt smp resipi goreng ikan masin pon nak ajar!" bluwekkkkkk~~~

Resipi Roti Jala [Ramadhan ke-3]

 
 Roti Jala makan ngan daging gulai kawah


Semalam kan... kite kan (gedik nak bahasakan nama 'kite' sebab budget kiut ler tuh!)... buat roti jala. tapi cik somi kata... tak macam roti jala tapi cam pukat jerk! sampai hati tau...
 
tetiba kena sampuk HANTU RAJIN (kalo hantu spesis rajin ni, selalu kena sampuk pon mak rela u!) nak buat roti jala. padahal x pernah buat dan bkn feveret kite pon. sajerrrrrrrrrrrrrrrr... ngan acuannya takder tapi nak jugak buat. 3 buah kedai singgah carik 'penjala' ni  tapi tak jugak jumpa. biasalah... barang kalo nak susah nak dapat. cuba taknak, bersepah depan mata pon aku tak hingin nak beli!

memula kite tebuk tupperware tau fu fa tu, terbelah dua nok bontot bekas tu! pastu sudahnya, pakai ni:

separuh daripada roti jala rupanya seperti lempeng! masuk tong sampah! hehehehee...

after bertekun, makanya... jadilah roti jala nya. makan ngan gulai kawah daging resipi mak kite. nanti kite bagi resipi yer...
somi kata: "ni bukan roti jala... ni roti pukat!"  wut everrrrrrrrrrrrrrrrr~~~


RESIPI??? sepenuhnya cilok kat MyResipi.Com

Bahan2:
  • 3 cawan tepung gandum - kite pakai 2 cwn jer
  • 2 1/2 camb minyak masak - kite pakai 1+ 3/4 cawan
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 2 1/2 cawan air/santan/ susu segar - kite pakai air jer 
pepandai la alter... kalau pekat tambah air. kalo cair, tambah gandum.

 

Cara2:

  1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
  2. Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat.
  3. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.- kite nyer tak leh nak gulung. lipat jerla... ;)


Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan Day 2: Asam Pedas Ikan Kembung


 juadah berbuka Ramadhan ke-2
oh, jangan terkejut tengok robot tu... achik kata, robot tu tlg jaga makanan sementara tunggu azan. padahal saje nak interframe dia nyer robot! sengal!



~ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG~



bahan kisar:
  • bawang merah (aku guna 2 biji saiz besar)
  • 3 ulas bawang putih
  • halia
  • kunyit hidup
  • belacan

bahan lain:
  • ikan kembung - 2 ekor
  • sedikit daun kesum
  • sekuntum bunga kantan - belah 2
  • serai 1 btg - titik
  • tomato (aku pakai tomato kecik2 comel 6 biji belah 2)
  • bendi - 4 5 bijik
  • air asam jawa, garam, gula (aku pakai gula melaka)
  • cili giling
Cara Memasak:
  1. Tumis bahan kisar hingga sampai naik bau dan masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak. 
  2. masukkan air + air asam jawa + garam + gula 
  3. masukkan ikan, bunga kantan, dan didihkan dengan api yang perlahan
  4. masukkan bendi dan didihkan seketika - SIAP! ;)
  5.  
lauk2 sampingan lain...

 sotong goreng kunyit


ulaman cicah budu. aku kan oghe kelate... ado budu make nasik namboh dok sedar weiiiii...


jgn kata aku masak semua ni yer. mau pengsan bawah sink nanti! beli jer tapi masuk tong sampah sebab TAK SEDAP! 

Tuesday, August 2, 2011

Mango pudding with strawberry yang super pemalas lipas!


nak desert untuk berbuka? tapi malas nak meleceh kan diri kat dapur bulan2 puasa ni?  takper2... jangan risau. ni resipi orang malas kepada orang malas! pakai instant cukup! hehehheee...

pakai serbuk instant beli kat kedai runcit Ah Seng - buh air - panaskan atas api sederhana. alaaaaaaaaaa... ikut jer arahan belakang kotak tu jer. pastu buh la dalam bekas - kasik sejuk sikit - kasik lepak dalam esbok. yummmmyyyyyyyy~~~


satu untuk kauuuuuuu... satu untuk aku! ;p


Ramadhan Day 1 ~ Ikan Sweet Sour + Udang Goreng Bersambal


ni lauk pauk berbuka semalam. awal2 puasa ni semangat ler masak... cer tunggu cer tengok akhir2 puasa nanti. aku rasa, kecik ati periuk belanga kesayangan tu. takper2, kite masak selagi rajin ni. boleh bolot pahala secara berganda! sediakan makanan untuk orang lain berbuka, pahalanya sama banyak ngan pahala orang yang berpuasa tu. yeaaaaaaaa... aku kan memanh tamak! :p



 ~IKAN SELAR SWEET SOUR~


1st time wak2 bijak masak sweet sour. dan achik 2 3 4 5 6 7 8 kali duk puji sedap. puji ikhlas atau puji amek hati binik dia aku pon tak pasti. hanya dia jer yang tahu... hehehhee...



Bahan2:
  • ikan - suka ati la nak mkn ikan ape. aku guna ikan selar
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 2 -3 ulas bawang putih - cincang
  • i inci halia - potong dadu
  • sos tomato + sos cili + sos tiram (sukatan tu agak2 la...)
  • tomato (aku pakai tomato kecik2 comel - belah 2)
  • timun - potong dadu
  • cili merah 1 biji + cili hijau 1 biji - potong bulat (patutnya pakai capsicum tapi belasah jerle...)
  • garam + gula
  • sedikit air

Cara Memasak:
  1. ikan - lumur garam + kunyit - goreng dan ketepikan
  2. tumis bawang putih + merah dan halia sampai naik bau
  3. masukkan segala mak nenek sos tu dan masukkan sedikit air
  4. masukkan timun + cili merah + cili hijau + garam + gula > sesuaikan rasa
  5. last sekali masukkan tomato. didihkan jap then siap sos nya
  6. tuangkan atas ikan yg digoreng tadi... 


~Udang Goreng Bersambal~





resipi aku copy paste resipi Kerang Bercili cuma aku tukar kerang tu ngan udang. sila rujuk RESIPI Kerang Bercili Super Sedap ni yer. part kerang rebus tu aku tukar dengan udang yang digaul garam kunyit dan goreng kan sekejap > pastu masuukkan ke dalam sambal yang dah siap tu. yummmmmyyyy~ :)


Monday, August 1, 2011

Kerang Bercili super sedap :)


ni peberet achik. asal gi umah kakak ipar aku, mesti request ni. gi umah mak aku pon request ni jugak... alasan: binik dia x pandai! ek eleh... kalo tanya resipi ngan dorang sure jadiknya tapi MALAS! leceh nak rebus kerang bagai... pastu nak kena kopek lagi... lagi berganda malas dia! so, aku cakap ar TAK PANDAI! heheheee...
tapi masa gi beli barang dapur kat Carefour, geram plak tengok kerang gebu2. beli la... terharu laki mak nok! hahahhaaa~~~


BAHAN2:
  • kerang - rebus - buang kulit separuh
  • 2-3 ulas bawang putih *
  • 2 bijik bawang merah saiz besar *
  • 3 bijik cili merah *
  • 2 bijik cili api *
  • sedikit halia*
  • sos tiram
  • sos cili
  • sebatang serai - titik
  • daun limau purut
  • garam - gula - pak aji kalo dah bosan rambut banyak!

CARA2:
  1. blenderkan bahan2 bertanda *
  2. panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai kering & garing
  3. masukkan sos tiram, sos cili, serai, daun limau purut, garam, dan gula
  4. masukkan kerang - kacau dan gaulkan mesra dan siap! :)


tanpa segan silu nak puji diri sendiri sambil senyum kambing... :D
nak buat lagi!!!


Salam Ramadhan buat semua... semoga kita samua diberkatiNYA dan semoga Ramadhan kali ini membawa kite sejarak mendekatiNYA... amin...