Kategori Menu

Ala Carte (11) Atkins Menu (14) Ayam (14) Daging (5) Desert (9) Ikan (9) Kerabu (4) Ketam (6) kuih (6) Minuman (3) Pasta (7) sayuran (6) Sotong (15) Udang (16)

Tuesday, October 29, 2013

Atkins Menu: Egg tart




Pepandai jer letak nama egg tart bagai. takde iras egg tart langsung. macam cara berlauk ader la...
ala, belasah lah labu. apa ada pada nama kan... :p

kawan kite yg share menu/resipi/idea egg tag versi atkins ni sebenarnya. tapi kite derhaka resipi asal. sangatlah hang jebat kan. 

Resipi (4 cups):
  • pukul 3 biji telur bersama chicken ball 2 biji (nak guna sausage ker setengah batang, terpulang yer!), udang (di cincang/potong kecil), daun kucai, garam sikit, oregano, black pepper, cajun spice dan mayo. 
  • masukkan ke dlm cups, masak dlm magic pan. Bila keras sikit, letak prawn sekor (berekor ekor lagi best pastinya), cili merah dan cheese.
  • nak makan, letak mayonis atau nandos sos. yummmyyyyyy~~~ :)


Monday, October 21, 2013

Atkins Menu: Nasi Goreng Kampung versi Atkins



Atkiners, jgn nangis takleh mkn nasik goreng. boleh buat nasi goreng versi atkins.  Tukar nasi kpd cauliflower yg disanggat dan hasilnya lebih kurang nasi goreng biasa. Suka!!! 


Cauliflower goreng kampung


Cara memasak:
  • tumbuk bawang putih (2 - 3 ulas) + bawang merah sebijik + cili api (ikut kepedasan yg diingini) + ikan bilis + belacan sikit + garam
  • tumis semua bahan tumbuk sampai garing, masukkan cauliflower yg telah disanggat halus, kemudian pecahkan telur sebijik, dan masukkan sayuran. siap! :)




Sunday, October 20, 2013

Atkins Menu: Pelbagai menu berasaskan telur



Saya sebenarnya tak suka sgt makan telur. specially telur rebus. mmg cannot go. kalau telur mata, boleh la telan... tapi kena cicah cili sos. bila dah terjebak dgn ATKINS diet, telur tu dah macam makanan asasi kot.

tak pernah lg dlm umur hidup beli telur sepapan. kali ni barulah pecah rekod kehidupan 30 thn. 
lps tu ada tanya, tak bahaya ker mkn telur hari2? saya engineer... bukan doktor. so, bg doktor punya jawapan la yer...

Dr fb DR HAMID ARHSAT: 
Ada orang yang takut makan telor , kononya ia meningkatkan cholesterol dan menambah risiko sakit jantong. Ada pula pantang makan telor lepas pembedahan dan lepas bersalin kerana ditakuti luka bernanah. Kesemua itu tidak betul kerana banyak kajian yang menunjukkan tiada kaitan makan telor dengan cholesterol malah ada kajian yang 1-2 biji setiap hari melindungi kesihatan mata,jantung dan otak sebab kandungan amino acid - choline. Kandungan nitrogen dalam telor membantu pemulihan/healing lepas bedah dan trauma. Kandungan vitamin D3 dan sulphur juga jadi pelindung penyakit kanser. Satu kajian keatas wanita2 yang makan 1-2 biji telor setiap hari bolih menurunkan risiko kanser payudara dengan kadar 44%.

lepas tu ramai atkiners merungut bosan makan telur rebus dan telur mata hari2... yg pergi rebus hari2 tu knape? ;) variasikanlah telur tu. jadikan spinach omelette ker... egg-chicken foldover ker... egg-sardine roll ker... egg bla2 ker... egg bla3 ker... :p

ok, sini saya share pelbagai telur yg telah divariasikan utk breakfast dan kadang2 kalo malas nak masak beria utk dinner, boleh jugak ngap telur lagi. tapi setakat ni, paling banyak saya mkn telur dalam sehari adalah 4 biji. tu sekali sekala sgt la... biasa 2-3 biji. bukan hari2... bak kata, takut muntah telur. hazab lagi, kentut bau telur. hazab ooooo... sekampung bau! hahahaaa...

 telur mata dgn oregano + black pepper crush dan seasoning.
masa ni tak tahu cili sos takleh makan masa induction.
dingap bersama fresh salad with olive oil + oregano + black pepper


egg-sardine roll. ni sedap!
masak sardin > dadarkan telur, letak moyanis dan sardin + salad + zucchini + tomato + cili merah dan roll kan. 

 ulang tayang menu sama utk 2 -3 kali sebab sedap. time ni sayuran habis stock.


yang ni pagi tadi punya sarapan. istimewa sikit,
biasa 2 bijik telur... ni 3 biji telur, ada cheese dan extra mayonis. 
well, dah habis induction bleh mkn mayonis lebih sikit. :p


egg chicken foldover. 
lebih kurang egg-sardine roll tu jugak, cuma ganti dgn grill chicken. yang ni letak mayonis + nandos sos.


spinach + broccoli omelette.
saya suka letak cili kasik pedas2 sikit.


 egg-pizza.
dadarkan telur, letak spaghetti sos, dan utk topping letakla sausage + capsicum + tomato + bla3 (suka2 hati, masak dari iman), kemudian letak mayonis n mozzarella cheese. lepas tu kasik lepak dlm oven kejap. siap! ni hidangan breakfast di hujung minggu. dgn laki cekeding gua sekali gua jamu atkins menu.


 cheesy sausage omelette.


spinach ommelette lagi. duet dgn cheesy broccoli. yummmehhh...


telur lagi...
dah tak tahu nak letak nama ape dah. :p


yo yo o jerkan... nama menu berbagai... bagi nama tak bleh blah...
padahal... tetaplah telur! 
takper... nama kasik up! presentation kasik umph!
biar selera sikit walopon hari2 hadap telur. :p


sekarang, i am enjoying my diet journey.
lebih semangat utk berketung ketang di dapur.
excited mencuba menu2 baru... dan perah otak bagi nama kat masakan sendiri. :p
sampai laki cakap: abang makin tak reti nak sebut nama2 menu isteri ni. 
hahahahahaa...




Friday, October 18, 2013

Atkins Menu: Chicken Twister Herbs




Ayam resipi ciptaan sendiri tak tahu nak bagi nama apa. Tapi tanpa rasa segan nak buat pengakuan berani mati yg ayam ni sedap giler! enak dimakan begitu saja tanpa sos sampingan. 

lepas kongsi resipi ayam sedap ni kat IG, kawan bagi nama CHICKEN TWISTER HERBS. 
hmmm... nama dah umph tu! kena sgt dgn resipinya yg menggunakan perbagai herbs. 


Cara memasak:

  • perap ayam dgn olive oil, jintan putih*, biji ketumbar*, bawang putih* 2 ulas (*semua tumbuk), black pepper crush, oregano, mix herbs, basil whole dan garam utk 15 - 24hrs
  • Panaskan non-stick pan, letak olive oil dan grill ayam smp masak. 
  • dekat ayam nk msk, perah lemon sikit dan campaklah bawang holland, capsicum, zucchini (buang tghnya, takut berair. taknak letak pon xper) dan daun ketumbar. Last skali letak tomato n brokoli.




 in the making...



salad sbg dish sampingan, takut tak cukup kenyang! ;)









Thursday, October 17, 2013

Atkins Menu: Butter Chicken






Berjaya mencuba resipi Butter Chicken rakan se-diet gua, Nurul Huda Resad.
babe, tgk... gigih gua taip nama penuh lu sbg penghargaan untuk resipi ini.

kombinasi lemak dari butter dan pedas yang sedap ini adalah sbg hidangan lunch gua di satu hari yang tidak bekerja dan bermalas malasan di rumah. best jugak bermalas malasan di rumah ni yer... terguling tergolek, lapar: sendiri masak sendiri makan, bukak tv tapi tak tengok pun sebab leka layan tepon. 

ok, takyah bagi senarai bahan2... uji minda cari bahan tersembunyi dlm cara memasak di bawah: 


Cara Memasak:

  • perap ayam dgn serbuk kari dan garam sikit, kemudian goreng dan ketepikan.
  • panaskan butter, tumis bawang besar dan putih (yang didadukan), cili api (saya pakai 4 biji utk 4 ketul ayam), cili merah dan daun kari sampai wangi.
  • kemudian masukkan susu cair / susu segar
  • last sekali masukkan ayam tadi dan gaul mesrakan mereka.

ohhhhh~~~ sedapnya dimakan panas2! :)





Wednesday, October 16, 2013

Atkins Menu: Veggie Omelette

Assalamualaikum bibik gojes kesayangan sekalian.

taknak taip ayat ulang tayang modal sama tiap kali taip entry baru lepas lama giler tak up entry baru: "eh, blog sape lah bersawang ni?!" *eh, tertaip! tapi ni contoh yer... contoh!

skrg ni taknaklah buat janji manis palsuku kata nak update blog anak tiri ni selalu, tapi sebab gua skrg on DIET ATKINS (jgn gelak ha... doktor suruh turunkan berat badan kalau taknak sakit lutut! adoiii... malu tau nak taip gini tapi takper ah, sharing is caring kan... ;p ), gua akan share menu2 ringkas, pantas dan tuntas versi org malas kat sini sbg perkongsian utk rakan2 diet dan sbg rujukan diri sendiri kot2 dah kurus, lupa diri... lepas tu makan lupa diri.... gemuk balik... baru hegeh2 nak diet balik, masa tu gua rujuk blog sendiri jer. :p

sebagai mukaddimah menu diet ni, gua share resipi asasi DIET ATKIN iaitu berasaskan telur paling mudah. memang ginilah weiiii, hari2 telur. sampai tahap kentut bau telur dah kekdahnya.


Veggie Omelette

  • kacau 2 biji telur dibasuh bersama sayuran pilihan (gua guna spinach dan broccoli), cili besar + cili api sikit, oregano, black pepper crush dan secubit kecil garam.
  • panaskan pan dgn sedikit olive oil (nk guna butter boleh... nak guna minyak masak cap buruh pon boleh. suka hati), dan dadarkan telur tadi dgn api perlahan.
  • dah siap dan gua ngap bersama sos nandos (sebab chili sos x halal utk atkins) bersama mayonis low carb.


ini antara menu pantas tuntas dan malas yang selalu menjadi bekal breakfast ke office. :)