Kategori Menu

Ala Carte (11) Atkins Menu (14) Ayam (14) Daging (5) Desert (9) Ikan (9) Kerabu (4) Ketam (6) kuih (6) Minuman (3) Pasta (7) sayuran (6) Sotong (15) Udang (16)

Saturday, February 11, 2012

Nasi Ayam sempoi baik punyer






Nasi ayam ni dah tah berapa kali buatnya... 3 4 kali ade dah kot. tapi resipi tak jugak kongsi. bukan aper... aku malas sebab aku tak reti nak bagi sukatan. sebab aku kalo tiap kali masak nasi ayam ni, mesti banyak2. paling sikit 2 ekor ayam. paling banyak, 4 ekor ayam. so, bahan2 nya main anggar2 jer...

maka resipi ditulis dengan secara kasar. jangan risau, masak ikut gerak hati dengan penuh kasih sayang pasti membuahkan hasil yang gemilang! :)



1. sup ayam (2 ekor)

  • halia + bawang besar  (dlm sebijik 2) + bawang putih (dlm 6 7 ulas) > tumbuk semua + buah pelaga (3 -4 biji - ketuk) + kulit kayu manis (2 btg) + bunga lawang (3-4 kuntum)  =>> tumis sampai garing 
  • kemudian bubuh air > letak ayam > garam + perencah sup adabi (serbuk yg dalam paket tu - sepaket / 2 paket *aku biasa pakai sepaket setengah) 
  • bubuh bawang besar (3 4 biji - potong besar2) > rebus hingga ayam masak
*** sekarang boleh ambik stok (kuah) untuk nasi ayam dan ambil ayam utk diperap ***
  •  sediakan kuah sup untuk di makan bersama nasi ayam: bubuh batang saderi + akar daun sup & ketumbar (xnak pun xper) + kiub ayam + carrot + dan letak fishball kalo mahu
 

2. nasi ayam
  • halia (3 - 4 keping) + bawang besar 1 biji (potong besar2) + kiub ayam (1 ketul) + garam + butter cup (sepotong) + kuah sup + air > masukkan ke dalam beras yg telah dimasak dan masak la beras sampai jadi nasi :)

3. sambal merah
  • halia (2-3 hiris) + bawang putih (6-7 ulas) + cili merah + garam + gula + kuah sup > blend > masakkan dgn api perlahan dan ceduk sedikit utk kuah kicap > kemudian baru letak cuka. 



4. sambal kicap
  • sambal merah (tapis kalau nak tapi ina belasah jer gitu xder nak tapis2) + kicap = siap!


5. ayam
  • perap ayam yang dikeluarkan dari sup tadi dengan kicap + sos tiram + [bawang merah + halia  (tumbuk)] > perap min 30 min paling minumum, lagi lama lagi sedap > goreng

sediakan juga tumbuhan sampingan membantu penghadaman... :)



edisi terdahulu...