Kategori Menu

Ala Carte (11) Atkins Menu (14) Ayam (14) Daging (5) Desert (9) Ikan (9) Kerabu (4) Ketam (6) Minuman (3) Pasta (7) Sotong (15) Udang (16) kuih (6) sayuran (6)
Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Friday, June 27, 2014

Menu malas super sedap - Ikan Singgang Klate Style





lauk menu malas super sedap yg dimaksudkan adalah ikan singgang + ikan rebus goreng + budu.
lala lalallaaaa tu dikecualikan. tu pelakon tambahan jer. ;)


Ikan singgang ngan ikan rebus goreng tu memang kecintaan suami. kalo 3 hari 3 malam jamu dia lauk sama pun, tetap puji isteri adalah yg terbaik! hahahaha... (senang kerja isteri)
Biasa kalau saya buat singgang n ikan rebus, saya buat byk2… 
kemudian saya masuk dlm bekas (asingkan cukup utk 1 hidangan utk setiap bekas) 
dan kasik lepak dlm esbok. Setakat 2 3 hari xder masalah. 
Kalau nk tahan lama, frozenkan. Ikan rebus/kukus tu, goreng bila nk mkn. Mmg umph!

sabtu ni moga diberi kerajinan utk masak beberapa dish utk difrozenkan utk hidangan berbuka. Biasa bulan puasa, saya mmg x suka gi param (baca pasar ramadhan). Saya dr awal kawen, biasanya utk berbuka mmg saya msk. Moga kerajinan kekal utk kaut pahala lebih tahun ni.

Dlm otak skrg, nk msk stok tomyam, daging singgang, daging hitam, kuah ikan sweet sour...
ikan singgang x dilupa.

Sebab tadi ada 2 3 orang inbox kat FB mintak resipi ikan singgang, saya tempek lah kat sini skali.
tapi ditekangkang (bukan tekangkang tp tekankan yg di-pronouns-kan dlm bahasa ganu) di sini, ini menu versi klate walaupon jamu org ganu mkn. sape suruh kawen oghe klate kan... 


RESIPI IKAN SINGGANG (Klate Style)

ikan (suka hatilah apa jenis tapi saya suka ikan tongkol) + air + lengkuas + bawang putih (mayang nipis 3 4 ulas) + cili api + cili hijau (cili hijau solok terbaik) + asam keping + belacan + garam. kemudian didihkan dgn api perlahan. dah gelegak, letak budu sesudu dua. oh, budu tu rahsia sedap oke! ;)
biarkan atas api perlahan utk beberapa ketika. sesuaikan rasa dan hidangkan!

ikan singgang ni best kalau pakej ngan ikan rebus goreng, tapi org ganu panggil ikan kukus. pelik sungguh saya, ikan tu direbus, bukan dikukus tp knape panggil ikan kukus. :p


RESIPI IKAN REBUS:

ikan + asam keping + garam. masak dgn api perlahan. siap! :)
bila nak makan, gorengkan. wallawei~

jangan gelak tgk resepinya sebab senang amat. yg susah, nk agak tahap kemasaman dan kemasinan yg sesuai. tp kalau masak dari hati dgn penuh kasih sayang disusuli zikir dan selawat pasti menghasilkan hasil yg osem! :)


SELAMAT BERPUASA SEMUA CHEF2 TERDIVA!
jom jadi tamak dan haloba kaut pahala kaum keluarga tanpa mengurangi sedikitpun pahala mereka dgn menyediakan/memasak hidangan berbuka utk mereka. 

moga RAMADHAN kali ini jauh lebih baik dari yg sebelumnya.


Wednesday, January 8, 2014

Grill Salmon with Lemon Gravy



Grill salmon. 

1st time masak dan 1st time mkn. Kite ikan2 ni cannot go sgt tp suami ckp terbaik. 
Siap request nk lagi! wah… mendemandkan selera nmpk!


Resipi:
  • salmon perap ngan oregano, black pepper, garam dan perahan lemon. perap dlm 15 minit
  •  panaskan pan dgn olive oil n grill.

untuk gravy,
  • panaskan sesenduk butter, tumis 3 ulas chopped garlic, perahkan sebiji lemon dan masukkanbeberapa kepingan lemon. 
  • kemudian masukkan black pepper dan parsley whole serta garam. Siap. 
kalau nak, boleh campur air + tepung gandum kasik likat sikit. tapi tepung gandung tu tak sesuai utk atkins, saya tak letakla...

Gravy ni simple n sedap! sesuai sgt ngan salmon. Makan ngan ayam pon sedap!
#atkins #lowcarb  #grillsalmon with #lemongravy from #akubukanchef



Friday, May 17, 2013

Gulai Lemak Cili Api Sotong & Ikan Kembung Sweet Sour versi sempoi baik punyer tapi sedap gilo. :p

semekommmmmmmmmmmmm...
lepas 4 bulan baru jengok sekali blog anak tiri ni.
biasalah, mak tiri kena la kejam dan pilih kasih.
blog peribadi lebih dimanjakan. :p

nah2... sila jamu mata.
hidangan pantas dari tuan rumah untuk tetamu.
balik kerja campak beg atas sofa, terus sarung apron dan dengan gagah dan macho terus bersilat bak pendekar kundur di dapur comel milik ku. **suami, nak kitchen cabinet hitam putih berkilat boleh?! :p**
tapi segala penat lelah terubat melihat kerakusan tetamu saya makan. hahahhaa...


gulai lemak cili api sotong + ikan kembung sweet sour + ikan kembung goreng rangup + ulaman segar dari Cameron + budu (mung maghi umoh oghe klate gak budu tu menu wajib lah jawabnyo. mung dok pehe? dok pehe sudoh. ngango muluk luah2 biar lalat masok. pade muko! :p) + nescafe shake

resipi? semua dah ada dalam blog ni. nak gali ler sendiri. hahahahhaaa... sangat mak tiri kan?! taknak ah jadi mak tiri kijam camni. saya nak jadi mak tiri yg comel dan charming. haruslah saya sertakan link di sini kan.... ;)


SOTONG MASAK LEMAK CILI API:
resipinya adalah adaptasi sepenuhnya dari resipi KETAM MASAK CILI API cuma tang ketam tu kasik tukar ngan sotong la. memula panik tau sebab sotong tu keluarkan air. masa tu rasa nak nangis takut tak sedap. budget bijak dan kreatif la nak pelbagaikan resipi yg satu jadu pelbagai menu. pastu tak agak2, wak kerja2 try n error ni time nak hidangkan utk tetamu. bijak lah snagat kan. tapi tak sangka tetamu ai cakap. alah, tetamu kalo kutuk masakan tuan rumah mahu la kena mandi ngan kuah lemak kan. hahahahahaa... tak2, betul ni... suami pun cakap sedap. tapi still korang xleh percaya, sebab laki ai memang kaki bodek. suka puji isteri dia. sukaaaaaa! lalalalallalaaa...


IKAN KEMBUNG SWEET SOUR.
ni pon dah bagi resipinya di SINI. cuma kali ni saya pakai capsicum. ni sumpah gua tak tipu erk.. tetamu ai makan sampai tahap pinggan tu takyah cuci. bersih! letak sudu kat luar, lap pinggan ngan jari then jilat jari tu. betul ni! tengok, ai sedang tautkan kening kiri dan kanan wak muka serius neh! :p
tapi... kalau tgk resipi dia, confirm korang tak caya ni. sebab senang melampau tahap korang boleh masak sambil layan KEEK n WE CHAT! ngehehehe... esoknya suami cakap, "semalam nyer ikan sweet sour tu best giler bie. abg rasa mcm tak cukup. nak lagi." apa saje untukmu sang arjuna! :p

ikan kembung goreng tu takyah lah bagi. kang satu penghinaan besar pulak kannnnnnnn... ;)




Friday, July 27, 2012

Salam Ramadhan dtg pakej dgn resipi Ikan Percik.

Assalamualaikum bibik2 gojes sekalian...
halllllluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu... anybody home????

tuan tanah datang basuh periuk belanga ni. dah 5 bulan tak ber-update. banyak cerita dan hal telah berlaku buat aku bukan chef dah lama x masak pada skala serius. setakat goreng ikan kering makan ngan nasik tabur lada hitam, takkan nak share resipi kat sini jugak kannnnnnnn... ;)

di kesempatan ini, tuan blog nak ucap selamat berpuasa walopon dah seminggu berpuasa. baik cakap selamat hari jer terus kannnnnnnnn... :p

salam ramadhan dtg pakej ngan resipi ikan percik kelantan style sbg bonus. ;)


sorry, gambar pakai khidmat tabby+Instagram jer. skrg dah malas ler nak kluarkan dslr kokak tu...



kuah percik:

  • untuk kuah percik tu, blend kan 2-3 biji bwg merah saiz besar + 1-2 btg serai + 2-3 ulas bwg putih + seketul halia sebasa ibu jari aku + seketul kunyit hidup sampai lumat.
  • masukkan bahan2 yg di blend tadi ke dalam santan + air, letak cili boh atau cili giling 1-2 sudu (nak pedas, kasik lebih sket), garam dan gula. juga jangan lupa letakkan sekeping dua asam keping. kacau di atas api hingga menggelegak.

ikan (saya guna ikan selar)

  • mula2 ikan tu kamu gaul garam kunyit then bakar. bakar ni ade 2 pilihan sama ada nak pakai oven atau pakai pan jer. tapi bila pakai oven ni wa x suka sgt sebab mcm kering sket ikan nya tu. so, wa budget bijak pakai dua kekdah grill-panggang. memula ikan tu bakar pakai pan dulu: letak sedikit minyak (bila kata sedikit, mmg sedikit yer... jgn degil!), then bakar la ikan tu dgn api perlahan sampai ikan tu masak.
  • dah agak masak ikan tu, siram kuah percik then masuk oven! hasilnya - memang tak mengecewakan! ;)

bibik gojes, jom jadi tamak! sediakan makanan untuk berbuka dan kita boleh kaut dorang nyer pahala puasa tanpa mengurangkan sikit pun pahala mereka. bayangkan dlm rumah ader 5 org... campur kita... eh, sehari dpt pahala 6 org puasa! untung besarrrrrrrr~ :)


Friday, August 5, 2011

Ikan goreng kicap


 Ikan Goreng Kicap

sangat sesuai untuk dijadikan lauk bersahur. masak secara pantas! makan pon pantas jer nambah... hehehee...

Bahan2:
  • ikan paper jenis la - kite pakai ikan selar (1 ekor)
  • 2 ulas bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • halia - hiris
  • 1 sudu cili giling
  • kicap manis cap kipas udang (suka hati korang ler nak pakai cap ape..)
  • sedikit sos tiram
  • sedikit tomato sos
  • 1 biji bawang besar - potong kasar
  • 1 biji cili merah - potong
  • 1 biji cili hijau - potong
Cara Memasak:
  • ikan selar - cuci bersih - lumur garam + kunyit - goreng dan ketepikan
  • bawang putih  + bawang merah + halia  >  tumis sampai naik bau
  • masukkan 1 sudu cili giling - tumis sampai garing
  • masukkan air + kicap + sedikit sos tiram & tomato sos + bawang besar (hiris bulat) + cili merah + cili hijau
  • pastu buh gula + garam (aku tak buh sebab kicap dan sos tu dah cukup masin) dan sesuaikan rasa - siap!
 
walaupun rupamu hitam melegam... tapi kau menyelerakan lobang tekakku!


Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan Day 2: Asam Pedas Ikan Kembung


 juadah berbuka Ramadhan ke-2
oh, jangan terkejut tengok robot tu... achik kata, robot tu tlg jaga makanan sementara tunggu azan. padahal saje nak interframe dia nyer robot! sengal!



~ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG~



bahan kisar:
  • bawang merah (aku guna 2 biji saiz besar)
  • 3 ulas bawang putih
  • halia
  • kunyit hidup
  • belacan

bahan lain:
  • ikan kembung - 2 ekor
  • sedikit daun kesum
  • sekuntum bunga kantan - belah 2
  • serai 1 btg - titik
  • tomato (aku pakai tomato kecik2 comel 6 biji belah 2)
  • bendi - 4 5 bijik
  • air asam jawa, garam, gula (aku pakai gula melaka)
  • cili giling
Cara Memasak:
  1. Tumis bahan kisar hingga sampai naik bau dan masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak. 
  2. masukkan air + air asam jawa + garam + gula 
  3. masukkan ikan, bunga kantan, dan didihkan dengan api yang perlahan
  4. masukkan bendi dan didihkan seketika - SIAP! ;)
  5.  
lauk2 sampingan lain...

 sotong goreng kunyit


ulaman cicah budu. aku kan oghe kelate... ado budu make nasik namboh dok sedar weiiiii...


jgn kata aku masak semua ni yer. mau pengsan bawah sink nanti! beli jer tapi masuk tong sampah sebab TAK SEDAP! 

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan Day 1 ~ Ikan Sweet Sour + Udang Goreng Bersambal


ni lauk pauk berbuka semalam. awal2 puasa ni semangat ler masak... cer tunggu cer tengok akhir2 puasa nanti. aku rasa, kecik ati periuk belanga kesayangan tu. takper2, kite masak selagi rajin ni. boleh bolot pahala secara berganda! sediakan makanan untuk orang lain berbuka, pahalanya sama banyak ngan pahala orang yang berpuasa tu. yeaaaaaaaa... aku kan memanh tamak! :p



 ~IKAN SELAR SWEET SOUR~


1st time wak2 bijak masak sweet sour. dan achik 2 3 4 5 6 7 8 kali duk puji sedap. puji ikhlas atau puji amek hati binik dia aku pon tak pasti. hanya dia jer yang tahu... hehehhee...



Bahan2:
  • ikan - suka ati la nak mkn ikan ape. aku guna ikan selar
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 2 -3 ulas bawang putih - cincang
  • i inci halia - potong dadu
  • sos tomato + sos cili + sos tiram (sukatan tu agak2 la...)
  • tomato (aku pakai tomato kecik2 comel - belah 2)
  • timun - potong dadu
  • cili merah 1 biji + cili hijau 1 biji - potong bulat (patutnya pakai capsicum tapi belasah jerle...)
  • garam + gula
  • sedikit air

Cara Memasak:
  1. ikan - lumur garam + kunyit - goreng dan ketepikan
  2. tumis bawang putih + merah dan halia sampai naik bau
  3. masukkan segala mak nenek sos tu dan masukkan sedikit air
  4. masukkan timun + cili merah + cili hijau + garam + gula > sesuaikan rasa
  5. last sekali masukkan tomato. didihkan jap then siap sos nya
  6. tuangkan atas ikan yg digoreng tadi... 


~Udang Goreng Bersambal~





resipi aku copy paste resipi Kerang Bercili cuma aku tukar kerang tu ngan udang. sila rujuk RESIPI Kerang Bercili Super Sedap ni yer. part kerang rebus tu aku tukar dengan udang yang digaul garam kunyit dan goreng kan sekejap > pastu masuukkan ke dalam sambal yang dah siap tu. yummmmmyyyy~ :)


Monday, April 18, 2011

Lauk simple giler tapi sumpah makan nasik bertambah!


hidangan lunch di hari sabtu...
percayalah ni untuk hidangan berdua. tapi ibarat 5-6 orang kan... ala, sorang bela sekor jin! :p

Sardin meletop
ni adalah kali ke 2 masak sardin after 4 tahun jadi bini orang. tapi bila teringin tu... tak leh nak tahan2. kesan pengaruh rakan sefesbuk la jugak neh! pernah bagi resipi masak sardin ni [link: SARDIN GOJES] tapi kali ni ada lain sikit. 
  • tumis bawang putih + bawang merah yang dimayang bersama seketul kulit kayu manis + cili giling 2 sudu > tumis sampai pecah minyak > masukkan air asam jawa +sekeping kecil asam keping > masukkan cili merah & cili api > masukkan sardin. sesuaikan rasa (maksudnya kalo tak cukup masin, kasik tambah garam. kalo nak mkn sedap tak heran rambut gugur, letak pak aji sikit) > then hidangkan...
wallaweiiiiii, sedap giler wa tell you! sampai cik somi kata: "bie, esok nak sardin gojes lagi!"


sutun goreng kunyit.
ada baki sutun dr last 2 week terperam dlm esbok. kasik bakoooo goreng jer!
  • gaul sotong ngan garam kunyit > panaskan minyak (kuantiti minyak adalah banyak sebab kita nak kasik deep fried itu sutun bersama sayuran) > masukkan sotong bersama sayuran ikut suka hati tukang masak + bawang besar & cili api (aku ketuk jer cili api tu sebab malas nk mayang segala, nanti pijar bontot! :p)
 *sblom ni ade gak sotong goreng kunyit ni, tapi versi lain... [LINK]


hidangan tengah hari kasik selera lagi dengan terubuk masin. mencanak nafsu makan!
DIET?! sorry, it just a DIE with T! ;))

Wednesday, August 25, 2010

Sardin Gojes ;p


resipi sotong bakar bodo tu KIV jap... ni dah janji ngan orang nak bagi resipi sardin. harus tepati janji. padahal aku msk sardin sama gak ngan org lain... mesti 'dorang' ni tertipu ngan ilustrasi bergambar ni... biarkan2... kasik jer...

kalo xnak kasik bahan2 aci x? terus ke xtvt cara membuat dan di situ diselit selitkan bhn2nya... *aci x aci... ;p
  • panaskan minyak > tumiskan bawang putih n bawang besar (hiris)
  • pastu bubuh 1 sudu cili giling
  • buh air asam jawa + sekeping asam keping + serai sebatang (ketuk)
  • masukkan cili merah + cili api (potong dan kuantitinya terpulang kpd kekebalan lidah kowrang)
  • masukkan sardin
  • buh daun limau purut (renyukkan)
  • sesuaikan rasa - tambah garam dan serbuk perasa
  • k, siap... senang kan?

aku suka guna bawang ni... bawang merah pon yg ni... bawang besar pon yg ni... jd namanya adalah bawang merah si dottie... hehehhee...
akak manis sayang... ina bg resipi sebab akak request tau. terharu x?