Kategori Menu

Ala Carte (11) Atkins Menu (14) Ayam (14) Daging (5) Desert (9) Ikan (9) Kerabu (4) Ketam (6) kuih (6) Minuman (3) Pasta (7) sayuran (6) Sotong (15) Udang (16)

Wednesday, September 28, 2011

Cik Kaki as Malaysia's First Blogger MasterChef :)


Sebelum ni punyalah duk meroyan tengok US dan Australia MasterChef  kat Astro... Kira jatuh dalam ketegori rancangan realiti kegemaran la ni... Sekali, sekarang dah ada Masterchef Malaysia , teruja beb! Nak join memang tak tercapai hasrat lah...  Cik Kaki kan spesis manusia berdarah gemuruh even berketurunan pendekar kundur! :p  Arghhhhh... tak sabar nak tunggu tayangan pada 22. Oct. 2011 ni kat Astro Ria!!! 




Bila Nuffnang melancarkan pencarian Malaysia's First Blogger MasterChef, hati berbelah bagi beb. Tak join, rasa rugi bila tengok hadiah-hadiah yang ditawarkan. Dalam teruja, sedar diri skill tahap boleh la boleh. Masak pun hegeh-hegeh tengok resipi, ada hati gak tu... Tapi tak kira, belum cuba belum tahu. Untung batu tenggelam, untung sabut timbul, untung Cik Kaki dapat Cash RM 3000 (dah dapat beli 3 bijik Coach ni!) + Panasonic IH Cooker sebijik + Ipad 1 (with WIFI) + Masterchef Pendrive (4GB) + Mitten + Nestle Hamper worth RM 200. Perghhhhh... tapak kaki Cik Kaki tak pijak tanah jap!



Boleh bayang tak tetiba Aku yang Bukan Chef ni berangan jadi Malaysia's First Blogger MasterChef?! Masa tu Blog Aku Bukan Chef kena tukar nama jadi Aku Dah Jadi Chef! Wahhhhhhh~~~ kelas kau Maria!!!

Oke... oke... sambung berangan lagi... Kenapa Cik Kaki layak dimahkotakan dengan title Malaysia's First Blogger MasterChef?
-> Sebab resipi-resipi masakan Cik Kaki semua versi senang dimasak, sedap dimakan! Baru kena dengan life Blogger yang most of the time duduk melangut depan komputer kan... Masak cepat-cepat, makan dengan nikmatnya, then sambung blogging dan blog-walking. Tanggungjawab as isteri gojes mithali tak terabai, minat tak terkubur. Wahhhhh... gitu kan.... hehheeee...

Cakap jer nak makan apa, Cik Kaki bagi resipi sempoi baik punyer... Takyah garu-garu kepala dan tak perlulah kening kanan bertemu kening kiri... resipi gerenti senangnya. Masak sambil blog-walking pun takde hal. Tak caya?


Nak makan western, kita buat Simple Beef Steak 


Tak puas makan western, nak western lagi... takpe-takpe, kita masak Ayam ala Nandos! hehehee...


Pekena Chicken Spaghetti Pedas Berapi pon oke jugak!

Dah bosan makan western, jom layan masakan kegemaran seluruh musim, tak lain tak bukan menu kegemaran Cik Kaki ala minah Siam Thailand mari... :)


Kerabu Sotong specialty Cik Kaki




Sudah-sudah... jaja gambar-gambar makanan ni memang tak habis. Nak resipi dengan moto 'Masak biar sempoi, makan biar sedap', gi terjah Blog masakan Cik Kaki: Aku Bukan Chef.

Choppppp~~~ sebelum tu Cik Kaki nak share 1 resipi original rekaan sendiri. Giler senang nyer resipi yang korang pasti takkan percaya betapa sedap hasilnya... :)

Presenting my Bendi with Oyster Sauce's Secret Recipe:



  • Celur bendi dengan sedikit garam. Jangan sampai terlalu lembik, nanti tak sedap. Dah masak, toskan.
  • Cincang atau potong dadu 3-5 ulas bawang putih dan sebiji bawang merah saiz besar atau bawang besar (suka hati).
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besar yang dicincang tadi. Masukkan 2-3 sudu sos tiram, tumis seketika.
  • Siramkan soso tiram yang siap ditumis ini atas bendi yang dicelur tadi dan sedia untuk dimakan!!! :)
Oh resipi yang sungguh lalalaaaa.... :))

So, apa macam? Siapa sokong Cik Kaki dimahkotakan Blogger MasterChef pertama say yeaaahhhh!!! hahhahaaaaa...

Jangan lupa berkampung depan TV saksikan MasterChef Malaysia pada 22. October. 2011 nanti kat Astro Ria (104) #sajer merah kan tulisan suruh korang ingat info-info penting ni...

- MasterChef Malaysia launch date – 22nd October 2011
- Show title – MasterChef Malaysia
- Program Details: – MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
- Program channel – Astro Ria (Channel 104)
- Official Site URL – http://www.astro.com.my/MasterChef/
- Facebook Page Link- http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia
- Twitter Link– www.twitter.com/MasterChefMY
- Background Information on MasterChef  – MasterChef is a worldwide phenomenon. A cooking reality show, that although doesn’t allow viewers to vote, has still broken viewership records in US and Australia. MasterChef is a success because not only is Food something we are all very passionate about but the show only allows amateur cooks to compete. Malaysians who love cooking but never had a chance to really showcase their skills and be appreciated, now get the opportunity! 

Get ready for the MasterChef phenomenon to take over Malaysia on 22nd October 2011!


#Wish me luck kammooo kammmoooo kesayangan hati hamba... ;)

Wednesday, September 21, 2011

Rendang Ayam Kite...


Ini nama dia Rendang Ayam. 
kalau tak kenal rendang ayam, 
sila keluar kauuuu dari Bumi Malaysia ni sebelum kena seranah ngan rakyat jelata! :)

Umur hidup aku yang dah senja 20-an ni, tak pernah masak rendang ayam. makan tu selalu lah... pastu gugel resipi, bermacam versi resipi keluar. tapi haruslah masak cara paling senang kan... cedok resipi ni sikit... cedok resipi nun sikit... makanya kita jadi giler kuasa jadikan tu resipi sendiri!!! yeaaaaaaaa... ina dah ader resipi Rendang Ayam sendiri!!! gerekkkkkkkk sehhhhhhhhhh!!! :p

Bahan2:
  • ayam 1 ekor (aku potong kecik-kecik)
  • santan segar pekat (ni susah nak bagi kuantiti sebab aku beli yg sepeket RM2.60 - tak habis, ada baki lagi sikit)
  • 3 biji bawang merah besar *
  • 5 ulas bawang putih *
  • 4 batang serai (2 blend, 2 titik) - sajer memandai...
  • halia *
  • kunyit hidup *
  • lengkuas *
  • 10 biji cili api (better tambah kuantiti kpd 15 la baru pedas sikit) *
  • 3 sudu cili giling
  • 1 sudu kecik serbuk kari
  • daun kunyit
  • daun limau purut
  • daun pandan
  • 1 keping asam keping
  • air asam jawa
  • sedikit gula melaka
  • 2 kuntum bunga lawang + 2 biji buah pelaga (juga memandai)
  • 2 sudu kerisik
(kisar semua bahan bertanda *)

nampak tak ciput jer daun kunyit. dah la ciput, dah kering plak tu! tapi tu jer yang ada dalam simpanan. belasah la... so, aku lebihkan daun limau purut di mana kuantiti yang digunakan adalah 2 kali dari dalam gambar di atas. ;)


Cara masak:
  1. panaskan minyak, tumis bahan bahan kisar bersama cili giling, serbuk kari, bunga lawang, buah pelaga dan serai yang dititik > tumis sampai pecah minyak
  2. masukkan air asam jawa + garam dan gula melaka 
  3. masukkan ayam + santan + daun kunyit + daun limau purut + daun pandan dan kerisik
  4. masak sehingga ayam masak dan kuah kering jika mahu.
  5. dah siap dahhhhhhhh... kejap jerlah! :)

...da making off...
oh, mek wok merah seksi ni sangat berjasa!
skrg mek wok adalah jatuh dalam ketegori periuk belanga kesayangan.

 
rendang ayam gojes dimakan bersama nasi impit yang macho. oh, mereka pasangan yang sangat ideal. tapi kalo makan ngan lemang kasanova lagi meletop kot...


Wednesday, September 7, 2011

Cookies Honey Cornflakes




ape barang makan roti canai cicah kari
makan lemang sama rendang baru bergaya di aidilfitri...
kalerful hanimadu cornflakes nama diberi...
sungguh cantik sungguh berseri...


RESIPI kalerful hanimadu cornflakes
adalah di copy paste dari  MyResipi 

Bahan-bahan ( dalam 60-70 cawan mini cookies )
  • 250gm cornflakes (kotak kecil)
  • 125gm butter (1/2 buku)
  • 1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis)
  • 5 sudu makan madu
  • manik warna warni untuk hiasan 

Cara-cara

  1. Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter
  2. masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu (aku bubuh sepeket kismis)
  3. gaul biar semua bahan bergaul mesra
  4. masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selam 10-15 min atau sampai dasar kekuningan (aku bakar 15 min hasilnya sedikit rentung. 10 min just nice pada darjah kepanasan = 150 darjah celcius) 



Tuesday, September 6, 2011

Udang goreng tempoyak



di syawal ke-7:- org keje, kami laki bini masih lagi dlm mode cuti. dah cuti berlingkor jerler...
nak makan malas masak... nak makan kat luar, malas nak bersiap. oh, MALAS penyakit xder ubat! xmo xmo... harus lawan azlina! makanya melangkah ke dapur dgn seribu kemalasan. masuk dapur, bersila depan esbok study binatang dan bahan2 yg boleh dikerjakan utk santapan 2 perut yg 'comel'. ader tempoyak sebekas pemberian makcik di kampung, juga ada udang x berapa nak menggalah beberapa ekor. oke, udang goreng tempoyak cam best tapi ader ker resipi cenggini? berlari ke luar dgn penuh kerajinan menggugel resipi kot2 ade udang goreng tempoyak. sekali gugel, ader ngko!!! mmg ader! confirm tak mabuk ni!

RESIPI asal: MY RESIPI
pastu wak bijak alter kasik jadi resipi sendiri.

Bahan-bahan:

  • 10 ekor udang sederhana besar (buang janggut dan belah belakang)
  • 1 biji bawang merah tapi saiz besar cam bwg besar - hiris
  • 1 ulas bawang putih - hiris
  • sebiji cili merah - hiris
  • 6 biji cili api - hiris (aku rasa better lebihkan sikit cili api ni sebab 6 bijik x cukp pedas utk aku. pedas baru kick. agak2 nak kena buasir tu! hehehheheee)
  • 3 sudu tempoyak
  • minyak, garam dan kunyit

Cara memasak:
  1. gaul udang ngan sedikit garam dan secubit kunyit - perap seketika
  2. pansakan minyak dan tumis bahan hiris sampai kekuningan
  3. masukkan udang tadi dan gaul seketika - jangan lama sgt takut udang mengejung, nanti x sedap
  4. masukkan tempoyak dan masaklah seketika. sesuaikan rasa - tak masin tambah garam
  5. dah siap, hidang panas2... SEDAPPPPPPPPPP!!!

udang goreng tempoyak ni sudah cukup buat korang jadi manusia sombong makan tak toleh kiri kanan. lauk2 lain pon boleh kecik hati sebab jgn kata nak makan, nak jamah pon tak hingin bila dah hadap udang super duper delicious 



kepada penggemar tempoyak, try la... tak mabuk nyer! aku jamin janji potong kuku nyer! ;p