Kategori Menu

Ala Carte (11) Atkins Menu (14) Ayam (14) Daging (5) Desert (9) Ikan (9) Kerabu (4) Ketam (6) kuih (6) Minuman (3) Pasta (7) sayuran (6) Sotong (15) Udang (16)

Friday, July 27, 2012

Salam Ramadhan dtg pakej dgn resipi Ikan Percik.

Assalamualaikum bibik2 gojes sekalian...
halllllluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu... anybody home????

tuan tanah datang basuh periuk belanga ni. dah 5 bulan tak ber-update. banyak cerita dan hal telah berlaku buat aku bukan chef dah lama x masak pada skala serius. setakat goreng ikan kering makan ngan nasik tabur lada hitam, takkan nak share resipi kat sini jugak kannnnnnnn... ;)

di kesempatan ini, tuan blog nak ucap selamat berpuasa walopon dah seminggu berpuasa. baik cakap selamat hari jer terus kannnnnnnnn... :p

salam ramadhan dtg pakej ngan resipi ikan percik kelantan style sbg bonus. ;)


sorry, gambar pakai khidmat tabby+Instagram jer. skrg dah malas ler nak kluarkan dslr kokak tu...



kuah percik:

  • untuk kuah percik tu, blend kan 2-3 biji bwg merah saiz besar + 1-2 btg serai + 2-3 ulas bwg putih + seketul halia sebasa ibu jari aku + seketul kunyit hidup sampai lumat.
  • masukkan bahan2 yg di blend tadi ke dalam santan + air, letak cili boh atau cili giling 1-2 sudu (nak pedas, kasik lebih sket), garam dan gula. juga jangan lupa letakkan sekeping dua asam keping. kacau di atas api hingga menggelegak.

ikan (saya guna ikan selar)

  • mula2 ikan tu kamu gaul garam kunyit then bakar. bakar ni ade 2 pilihan sama ada nak pakai oven atau pakai pan jer. tapi bila pakai oven ni wa x suka sgt sebab mcm kering sket ikan nya tu. so, wa budget bijak pakai dua kekdah grill-panggang. memula ikan tu bakar pakai pan dulu: letak sedikit minyak (bila kata sedikit, mmg sedikit yer... jgn degil!), then bakar la ikan tu dgn api perlahan sampai ikan tu masak.
  • dah agak masak ikan tu, siram kuah percik then masuk oven! hasilnya - memang tak mengecewakan! ;)

bibik gojes, jom jadi tamak! sediakan makanan untuk berbuka dan kita boleh kaut dorang nyer pahala puasa tanpa mengurangkan sikit pun pahala mereka. bayangkan dlm rumah ader 5 org... campur kita... eh, sehari dpt pahala 6 org puasa! untung besarrrrrrrr~ :)