Kategori Menu

Ala Carte (11) Atkins Menu (14) Ayam (14) Daging (5) Desert (9) Ikan (9) Kerabu (4) Ketam (6) kuih (6) Minuman (3) Pasta (7) sayuran (6) Sotong (15) Udang (16)

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan ke-3: Resipi Gulai Kawah secret recipe by Cik Esah

sebelum korang tanya saper Cik Esah, meh sini nak cakap sesiap. Cik Esah tu my bonda. kenapa Cik? sebab Cik Esah single but not available! malas eh nak berbapak bapak tiri neh! hahahhaaaa...

Daging Gulai Kawah tapi aku masak dalam kuali jerk...

apa specialnya gulai kawah cik esah ni? senang sempoi lenggam lagi senang dari hafal ABC dan sgt sesuai untuk blog ABC (Aku Bukan Chef) - masak biar sempoi... makan biar sedap! :)
ada lagi yg buat gulai kawah cik esah ni sepacial iaitu BUDU! gulai buh budu. ada beran?! kalo beran, jom layan resipi rahsia cik esah yg bukan lagi rahsia ni sebab aku ngan tanpa rasa bersalah menyebarkan resipi cik esah tanpa pengetahuan beliau. shhhhhhhhhhhh~~~ dendiam jer! yang buat aku excited mencuba ni sebab gulai ni tak perlukan rempah ratus yg complicated (aku pun baru dapat resipi rahsia ni semalam tau!)

bahan:
  • daging lembu (500g)
  • halia (sukatan ni aku x reti nk gitau. sebab aku main gerak hati. dlm 1 inci kot) - hiris
  • bawang putih 3 ulas - hiris
  • bawang merah saiz sederhana besar 2 biji - hiris
  • perencah kari - 1 paket kecil
  • budu (2 - 3 sudu)
  • asam keping (1-2 keping bergantung pada saiz)
  • lengkuas + kunyit hidup sikit - tumbuk
  • kerisik 1 sudu
  • kentang 3 ketul - potong suka hati lalallaaa...
  • 1 cawan santan pekat
  • air
cara2:
  1. halia + bawang putih - tumis sampai naik bau dan kekuningan
  2. masukkan bwg merah - tumis smp garing
  3. masukkan perencah kari - tumis seketika dan baru masukkan 1 cawan air - tumis sampai kering
  4. masukkan daging + garam + gula + asam keping + kunyit & lengkuas yg ditumbuk + kerisik + budu - bubuh sedikit air (dalam 1 cawan)
  5. tutup periuk dan biar sampai daging lembut. kalau agak2 air kering, tambah la air lagi...
  6. pastu buh kentang. biarkan sampai daging + kentang masak.
  7. last sekali baru buh santan + air sesuka hati korang nak kuah cair or pekat. pastu aku buh cili hijau belah dua 2 bijik. ni cik esah x cakap aku sesaje suke menokok tambah...
  8. biarkan menggelegak seketika then siap! 
 
kuah gulai kawah aku ni terpekat sikit...


aku masak malam dan masuk freezer untuk 2 hari nyer bekal. balik keje masuk microwave jer... sebab 1st time masak kan... kalo siang kang takleh nak rasa2... sebab moto aku dalam masak: even aku dan kau guna bahan sama, naper ko masak sedap aku masak tak sedap? sebabnya sedap tu bergantung pada keseimbangan rasa...jadi pepandailah ko seimbangkan kuantiti bahan dan perasa serta masaklah dengan rasa cinta.dan keikhlasan di jiwa.. wahhhhhh moto la sangat kan! hahahahaha....

yang dalam bekas biru tu dah licin semalam. hari ni turn bekas hijau plak jadi mangsa... :)


hari ke-3, harus semangat lagi nak masak... so, apa barang makan leuk sepinggan terkontang kanting... haruslah ade menu2 sampingan kan...


ni dah bagi resipi. sila kodeh2 sendiri...

ni tak yah bagi resipi. kalo bagi jugak nanti org kata budget terlebih bijak @ terbalikkan maknanya akan jadi: "ko hengat aku bodoh sgt smp resipi goreng ikan masin pon nak ajar!" bluwekkkkkk~~~

3 comments:

kelipkelipchumel said...

dapnya nampak menu berbuka ni..nyummm..

(hye..1st time jenguk ur blog actually..sgt cantekk gmbr.kelihatan dap)

nifalnin... said...

ikan masin goreng tu klu nak sedap lg tambah air asam jawa.. phuiiii.. mkn gitu ngan nasi panas pun dah selera sgt2... hiks...

InaAchik said...

kelipkelipchumel:
thanks...
ala, gambar tu ilustrasi semata mata... ;)

nifalnin:
erk? thanks for recipe. nanti saya cuba.