Kategori Menu

Ala Carte (11) Atkins Menu (14) Ayam (14) Daging (5) Desert (9) Ikan (9) Kerabu (4) Ketam (6) kuih (6) Minuman (3) Pasta (7) sayuran (6) Sotong (15) Udang (16)

Friday, August 19, 2011

Asam Pedas Ikan Pari

Asam Pedas Ikan Pari

Taknak bagi senarai bahan boley? boley la sebab malas nak naip bulan2 puasa ni. nanti lemak jari terbakar dan mengakibatkan rasa lapar yg teruk yg membawa kepada gastrik... :p

Cara memasak:
  1. Blendkan 20-25 biji cili kering (aku pakai 2 sudu penuh cili giling) + 5 cili api + 1 biji bawang besar @ 8 biji bawang merah + 5 ulas bawang putih + 2cm halia + 2cm kunyit hidup + belacan
  2. tumis bahan blend bersama 1 batang serai yg dititik - sampai garing
  3. masukkan ikan pari dan kacau (aku suka masukkan garam masa ni sebab nak suh garam tu meresap dalam setiap rongga daging ikan pari tu)
  4. ramas asam jawa dgn semangkuk air hingga jadi pes - masukkan ke dalam periuk dan biarkan seketika
  5. masukkan air dan kacau
  6. bila hampir empuk, masukkan daun kesum + bunga kantan + bendi dan tomato serta beberapa helai daun kari jika mahu
  7. rasa dan sesuaikan rasa (jangan buat aksi ketika puasa) - tambah garam + gula (aku guna gula melaka utk kuah jadi pekat) 

pandangan atas bagi melihatkan keseluruhan bahan yg terlibat.


ia tak datang secara sendirian... pakej ngan ayam goreng berempah yg sun burn


dan sarsi soda sebagai artis jemputan di petang Ramadhan ke-13.
asalnya nak wak bandung soda skali br prasan kat umah aku xder sirap. tu blasah wak sarsi then campurkan ngan ice-cream soda. pastu nak suh nampak vesgedevas sket, letak la hirisan oren. kemain bertenggek hirisan lemon dibibir gelas... habis segelas, laki aku cakap pening! muakakkakakaaa...


11 comments:

Nina Farhana said...

sis . nak mintk tolg if rajin . hehe ! saye bru jek follow blog sis . tp terpegun negok resepi2 nie sume even tak tau masak. hehe ! actually nk mntk tolg wat kan header sechantek header blog sis boleyh ? saye xde idea nak wat header blog chantek2 larh . bg email blog sis nnt saye invite :)
p/s : lepas bace nie delete coment nie pon boleyh . sebb tak tau nak ckp ngn sis kat ne :)

Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi said...

aduh..aduh..mengelelupur patik menengok gmbr asam pedas ikan pari itu..peberet patik tuh..=0).

Hana Soffelia said...

Wah. kemain ada artis jemputan lg. hahaha
btw, artis jemputan tu Hana suka sgt, ^_^

InaAchik said...

nina farhana:
blog awk private erk?
email blog akak: azlinahasan@gmail.com

vivi lim:
kamek baru terjebak tok after blk dr cuti2 melaka hr tu...

hana soffelia:
hubby ina ckp dia pening minum air tu. hahhahaha

Nina Farhana said...

ina achik : yup sis . hehe :) segan larh nak ks public . coz byk citer2 ngarot jek kot. hehe . btw kite da invite sis . nie link kite (cheeseloly.blogspot.com) n like ur resepi , mak pon da amek 2 3 resepi kt blog sis . thnks sis .

Nina Farhana said...

so sis leyh wat kan ke header blog kite ? :)

InaAchik said...

nina farhana:
bkn xnak buat tapi buat masa skrg sis dilanda kebizian sgt... sorry ya... insya lain kali yer...

Nina Farhana said...

ouh . takpe . bukan srg pon . bile2 sis free . hehe

Mama Ida said...

uishh... buat kecur je tgk ni..huhu

abah khalisha said...

wah meletuplah tengok asam pedas + gambar yang cantik..lagi menyelerakan
Kawasan speed trap polis

nifalnin... said...

huhhuhu...
knp privatekan blog kakikusukaberjalan..

kan sy dah x blh nak jln2 lg dah kat umah kamu...