Kategori Menu

Ala Carte (11) Atkins Menu (14) Ayam (14) Daging (5) Desert (9) Ikan (9) Kerabu (4) Ketam (6) kuih (6) Minuman (3) Pasta (7) sayuran (6) Sotong (15) Udang (16)

Wednesday, September 28, 2011

Cik Kaki as Malaysia's First Blogger MasterChef :)


Sebelum ni punyalah duk meroyan tengok US dan Australia MasterChef  kat Astro... Kira jatuh dalam ketegori rancangan realiti kegemaran la ni... Sekali, sekarang dah ada Masterchef Malaysia , teruja beb! Nak join memang tak tercapai hasrat lah...  Cik Kaki kan spesis manusia berdarah gemuruh even berketurunan pendekar kundur! :p  Arghhhhh... tak sabar nak tunggu tayangan pada 22. Oct. 2011 ni kat Astro Ria!!! 




Bila Nuffnang melancarkan pencarian Malaysia's First Blogger MasterChef, hati berbelah bagi beb. Tak join, rasa rugi bila tengok hadiah-hadiah yang ditawarkan. Dalam teruja, sedar diri skill tahap boleh la boleh. Masak pun hegeh-hegeh tengok resipi, ada hati gak tu... Tapi tak kira, belum cuba belum tahu. Untung batu tenggelam, untung sabut timbul, untung Cik Kaki dapat Cash RM 3000 (dah dapat beli 3 bijik Coach ni!) + Panasonic IH Cooker sebijik + Ipad 1 (with WIFI) + Masterchef Pendrive (4GB) + Mitten + Nestle Hamper worth RM 200. Perghhhhh... tapak kaki Cik Kaki tak pijak tanah jap!



Boleh bayang tak tetiba Aku yang Bukan Chef ni berangan jadi Malaysia's First Blogger MasterChef?! Masa tu Blog Aku Bukan Chef kena tukar nama jadi Aku Dah Jadi Chef! Wahhhhhhh~~~ kelas kau Maria!!!

Oke... oke... sambung berangan lagi... Kenapa Cik Kaki layak dimahkotakan dengan title Malaysia's First Blogger MasterChef?
-> Sebab resipi-resipi masakan Cik Kaki semua versi senang dimasak, sedap dimakan! Baru kena dengan life Blogger yang most of the time duduk melangut depan komputer kan... Masak cepat-cepat, makan dengan nikmatnya, then sambung blogging dan blog-walking. Tanggungjawab as isteri gojes mithali tak terabai, minat tak terkubur. Wahhhhh... gitu kan.... hehheeee...

Cakap jer nak makan apa, Cik Kaki bagi resipi sempoi baik punyer... Takyah garu-garu kepala dan tak perlulah kening kanan bertemu kening kiri... resipi gerenti senangnya. Masak sambil blog-walking pun takde hal. Tak caya?


Nak makan western, kita buat Simple Beef Steak 


Tak puas makan western, nak western lagi... takpe-takpe, kita masak Ayam ala Nandos! hehehee...


Pekena Chicken Spaghetti Pedas Berapi pon oke jugak!

Dah bosan makan western, jom layan masakan kegemaran seluruh musim, tak lain tak bukan menu kegemaran Cik Kaki ala minah Siam Thailand mari... :)


Kerabu Sotong specialty Cik Kaki




Sudah-sudah... jaja gambar-gambar makanan ni memang tak habis. Nak resipi dengan moto 'Masak biar sempoi, makan biar sedap', gi terjah Blog masakan Cik Kaki: Aku Bukan Chef.

Choppppp~~~ sebelum tu Cik Kaki nak share 1 resipi original rekaan sendiri. Giler senang nyer resipi yang korang pasti takkan percaya betapa sedap hasilnya... :)

Presenting my Bendi with Oyster Sauce's Secret Recipe:



  • Celur bendi dengan sedikit garam. Jangan sampai terlalu lembik, nanti tak sedap. Dah masak, toskan.
  • Cincang atau potong dadu 3-5 ulas bawang putih dan sebiji bawang merah saiz besar atau bawang besar (suka hati).
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besar yang dicincang tadi. Masukkan 2-3 sudu sos tiram, tumis seketika.
  • Siramkan soso tiram yang siap ditumis ini atas bendi yang dicelur tadi dan sedia untuk dimakan!!! :)
Oh resipi yang sungguh lalalaaaa.... :))

So, apa macam? Siapa sokong Cik Kaki dimahkotakan Blogger MasterChef pertama say yeaaahhhh!!! hahhahaaaaa...

Jangan lupa berkampung depan TV saksikan MasterChef Malaysia pada 22. October. 2011 nanti kat Astro Ria (104) #sajer merah kan tulisan suruh korang ingat info-info penting ni...

- MasterChef Malaysia launch date – 22nd October 2011
- Show title – MasterChef Malaysia
- Program Details: – MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
- Program channel – Astro Ria (Channel 104)
- Official Site URL – http://www.astro.com.my/MasterChef/
- Facebook Page Link- http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia
- Twitter Link– www.twitter.com/MasterChefMY
- Background Information on MasterChef  – MasterChef is a worldwide phenomenon. A cooking reality show, that although doesn’t allow viewers to vote, has still broken viewership records in US and Australia. MasterChef is a success because not only is Food something we are all very passionate about but the show only allows amateur cooks to compete. Malaysians who love cooking but never had a chance to really showcase their skills and be appreciated, now get the opportunity! 

Get ready for the MasterChef phenomenon to take over Malaysia on 22nd October 2011!


#Wish me luck kammooo kammmoooo kesayangan hati hamba... ;)

7 comments:

Ahkak Geli said...

semoga berjayaaaaaaaaaaa

ai rasa kena belajar masak ngan yu lah!!

boleh?

InaAchik said...

miss geli:
thank you...

ala, ai masak bodo2 jer... janji tekak leh telan, jalannnnn... hahahaaa...

tapi nak belajar apa ader hal...
boleh2... :)

Ahkak Geli said...

ai bagitau yu details tomolo la..nak lari balik dah ni tata

ratusiput said...

aku sokong ko..ko masak mmg sedap wlupun tak pernah rase tp bukti dah ade yg makan kate sedap...opkoslah aku takyah cari bukti lain lg dah.presentation pun meletop.aku sndiri pun tak pas kalau nk masak utk org dtg.kelam kelibut.ehehe..

Ahkak Geli said...

kuliah ustaz azhar

30hb sept 2011
Masjid UIA, Gombak

Kuliah biasanya bermula selepas maghrib.

sekian dimaklongkang

Mah@mahu said...

wahh sedap nyer masak tahniah... jumpa gak kat sini lagi huhuhuhu...

MH8625 said...

Mantapnya..patut dah boleh jadi chef ni. hehe