Saya sebenarnya tak suka sgt makan telur. specially telur rebus. mmg cannot go. kalau telur mata, boleh la telan... tapi kena cicah cili sos. bila dah terjebak dgn ATKINS diet, telur tu dah macam makanan asasi kot.
tak pernah lg dlm umur hidup beli telur sepapan. kali ni barulah pecah rekod kehidupan 30 thn.
lps tu ada tanya, tak bahaya ker mkn telur hari2? saya engineer... bukan doktor. so, bg doktor punya jawapan la yer...
Dr fb DR HAMID ARHSAT:
Ada orang yang takut makan telor , kononya ia meningkatkan cholesterol dan menambah risiko sakit jantong. Ada pula pantang makan telor lepas pembedahan dan lepas bersalin kerana ditakuti luka bernanah. Kesemua itu tidak betul kerana banyak kajian yang menunjukkan tiada kaitan makan telor dengan cholesterol malah ada kajian yang 1-2 biji setiap hari melindungi kesihatan mata,jantung dan otak sebab kandungan amino acid - choline. Kandungan nitrogen dalam telor membantu pemulihan/healing lepas bedah dan trauma. Kandungan vitamin D3 dan sulphur juga jadi pelindung penyakit kanser. Satu kajian keatas wanita2 yang makan 1-2 biji telor setiap hari bolih menurunkan risiko kanser payudara dengan kadar 44%.
lepas tu ramai atkiners merungut bosan makan telur rebus dan telur mata hari2... yg pergi rebus hari2 tu knape? ;) variasikanlah telur tu. jadikan spinach omelette ker... egg-chicken foldover ker... egg-sardine roll ker... egg bla2 ker... egg bla3 ker... :p
ok, sini saya share pelbagai telur yg telah divariasikan utk breakfast dan kadang2 kalo malas nak masak beria utk dinner, boleh jugak ngap telur lagi. tapi setakat ni, paling banyak saya mkn telur dalam sehari adalah 4 biji. tu sekali sekala sgt la... biasa 2-3 biji. bukan hari2... bak kata, takut muntah telur. hazab lagi, kentut bau telur. hazab ooooo... sekampung bau! hahahaaa...
telur mata dgn oregano + black pepper crush dan seasoning.
masa ni tak tahu cili sos takleh makan masa induction.
dingap bersama fresh salad with olive oil + oregano + black pepper
egg-sardine roll. ni sedap!
masak sardin > dadarkan telur, letak moyanis dan sardin + salad + zucchini + tomato + cili merah dan roll kan.
ulang tayang menu sama utk 2 -3 kali sebab sedap. time ni sayuran habis stock.
yang ni pagi tadi punya sarapan. istimewa sikit,
biasa 2 bijik telur... ni 3 biji telur, ada cheese dan extra mayonis.
well, dah habis induction bleh mkn mayonis lebih sikit. :p
egg chicken foldover.
lebih kurang egg-sardine roll tu jugak, cuma ganti dgn grill chicken. yang ni letak mayonis + nandos sos.
spinach + broccoli omelette.
saya suka letak cili kasik pedas2 sikit.
egg-pizza.
dadarkan telur, letak spaghetti sos, dan utk topping letakla sausage + capsicum + tomato + bla3 (suka2 hati, masak dari iman), kemudian letak mayonis n mozzarella cheese. lepas tu kasik lepak dlm oven kejap. siap! ni hidangan breakfast di hujung minggu. dgn laki cekeding gua sekali gua jamu atkins menu.
cheesy sausage omelette.
spinach ommelette lagi. duet dgn cheesy broccoli. yummmehhh...
telur lagi...
dah tak tahu nak letak nama ape dah. :p
yo yo o jerkan... nama menu berbagai... bagi nama tak bleh blah...
padahal... tetaplah telur!
takper... nama kasik up! presentation kasik umph!
biar selera sikit walopon hari2 hadap telur. :p
sekarang, i am enjoying my diet journey.
lebih semangat utk berketung ketang di dapur.
excited mencuba menu2 baru... dan perah otak bagi nama kat masakan sendiri. :p
sampai laki cakap: abang makin tak reti nak sebut nama2 menu isteri ni.
hahahahahaa...
10 comments:
Ya Allah kak.akk mmg kreatif.tgk akk punya menu.sy yg semangat nk diet.hahaha
tumpang tanya..
adakah yg hitam dlm cawan itu kopi?
umi sufi: ha ah kopi o. tp tu suami punya. ;)
telurrrr..telurrrrr..telurr.. sedapnyeeee... kite pon baru nak start diet atkin ni.. tq yahh
Assalamualaikum kak ina. adoyaiii semuanya sedap dipandang, apatah lagi dirasakan. heeeeeeee nak cuba masak ni gakkkk :)
TQ For Sharing naik jemu makan telur dadar jer...semangat seket nak makan telur lalalala
Salam....
Nak tanya, kenapa cili sos tak leh makan masa induction?
Dari apa yg dibaca, sos cili ada kandungan karbohidrat yg tinggi.
Best menu ni...semangat nak deit semula...
Sangat sangat kreatif ....semangat nakbterus kan diet. ..
Post a Comment