Semenjak megi ketam jadi viral, teringin sangat nak rasa tapi tiap kali pergi restoran megi ketam, asyik ketam nipah jer. Mocik laki bini tak lalu la pulak nak telan ketam nipah. tengok sepit dia pun dah seriau bulu roma. ;)
Finally weekend mocik cuba masak sendiri. Bermodalkan ketam rm16 hengget 2 ekor. Puas hati sebab ketam betina banyak isik! Jimat dr mkn kedai la kot kan?! Sedap pon sodapppp...
Resepi versi aku bukan chef:
- tumis bawang putih n bawang merah, agak kekuningan masukkan perencah maggi dan sesudu serbuk kari. Tumis smp pecah minyak.
- lepas tu masuk air mengikut sukatan yg diperlukan. Dah gelagak letak cili api 3 biji, serbuk/kiub pati ayam n sesudu cili sos.
- kemudian masukkan ketam. Bila ketam masak, angkat ketam.
- masukkan megi dan sayuran dan pecahkan telur kalau nak. Tp saya rasa tak pecahkan telur lagi sedap kot.
- dah siap hidangkan megi dan letak ketam tadi. nak mkn perah limau sikit. holiau! ;)
8 comments:
Bestnyaa...
assalamualaikum, kak saya nak tanya, ketam tu macam mana kite nak bersihkan perut dia kalau nak maintain cengkerang tu dekat atas or xpayah bersihkan yek....
@gee: try dulu br tahu sedap x. ;)
@fiera:
salam dik... ketam tu akak bukak dulu cengkerangnya. basuh bersih dulu, potong dua. masa msk, msk skali cengkerang yg telah diasingkan dr jasad ketam tu. nk hidang, letak atas ketam. utk effet cantik seekor ketam jer tu. hehehhee
Cik Sue pun selalu buat sendiri je,senang je kan,jimat pun jimat dari kedai
oooo ok kak... haha puas pikir kak.. akhirnya.... nanti boleh buat kat rumah... nak cantik2 kan
Eh! Mcm mn ble tak perasan ada menu nih.. Ada upadte kat ig tak?Hehehe..Nampak sgt jarang bukak blog dah..
Pernah mkn sekali dulu kat Terengganu kalo tak silap. Tp tu lah, makan kat kedai kan..Tak puas sgt..Susah nak geget2 nih..
wahhh nampak macam sedap
adoila. buat terliur je.. ni kena buat ni..
Post a Comment